Skip to main content

Hiburan

Iqbal Zulkefli Mahu Buat Pembedahan Hidung & Tanam Rambut, Minta Cadangan Klinik Terbaik Dunia - “Sesegera Mungkin, Ini Serius”

ddf

Pempengaruh dan usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli mendedahkan hasratnya untuk menjalani pembedahan kosmetik hidung (rhinoplasty) serta prosedur tanam rambut dalam masa terdekat.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Iqbal, 31, secara terbuka memaklumkan bahawa dia kini sedang mencari pusat perubatan terbaik di dunia bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Advertisement

“Saya mahu buat pembedahan hidung dan tanam rambut sesegera mungkin.

“Siapa tahu di negara mana pembedahan kosmetik terbaik di dunia? Jika ada di Malaysia, mohon sarankan.

"Sekiranya boleh minggu ini pun saya sedia. Ini serius,” katanya.

Menurut Iqbal, dia turut menerima beberapa cadangan daripada pengikutnya yang mencadangkan Thailand sebagai lokasi pembedahan dengan kos sekitar RM100,000.

“Ini bukan tentang kos namun saya mahukan tempat yang betul-betul terbaik di dunia.

“Rasanya saya ke Korea di tempat artis K-pop jalani pembedahan andai itu terbaik.

“Saya ada dengar juga Shanghai melintasi teknologi Jepun dan Korea. Belum pasti, saya perlu teliti terlebih dahulu,” ujarnya.

fcv

Dalam pada itu, Iqbal mengakui sedar akan pandangan masyarakat yang mungkin mempertikai keputusannya itu, namun dia memilih untuk menjelaskan asbab keputusannya selepas bertemu doktor kelak.

“Saya mengerti rasa peduli ramai yang persoal ‘kenapa ubah ciptaan Allah?’ Nanti sudah jumpa doktor bedah saya jelaskan kenapa saya perlu bedah hidung saya,” tambahnya.

sdfdf

Terdahulu, pada awal tahun 2024, Iqbal turut mendedahkan dirinya pernah menjalani prosedur belon gastrik (Elipse Gastric Balloon) sebagai alternatif kepada pembedahan bariatrik bagi menurunkan berat badan.

Langkah terbarunya ini sekali lagi menarik perhatian ramai memandangkan Iqbal sebelum ini sering menjadi tumpuan dengan pelbagai kenyataan dan keputusan peribadinya yang mencetus perdebatan dalam kalangan netizen.

Must-Watch Video

Advertisement