Sekilas
- Iqbal Zulkefli berkongsi pandangan tentang kewujudan penyakit ain dan menegaskan ia wajar dipercayai tanpa perlu terlalu taksub.
- Beliau mendedahkan pengalaman peribadi merasai gangguan serta kesan seperti rasa lemah dan perubahan dalam amalan solat.
- Menurut Iqbal, tanda gangguan termasuk rasa malas solat, mudah marah, dan mimpi aneh yang boleh menjejaskan kehidupan seharian.
Pempengaruh media sosial dan usahawan, Iqbal Zulkefli, tampil memberikan pandangannya susulan pertanyaan netizen mengenai kepercayaan terhadap kewujudan penyakit ain.
Menurut Iqbal, kewujudan perkara tersebut wajar dipercayai, namun tidak seharusnya terlalu taksub sehingga menjejaskan kekuatan diri dan pegangan rohani.
Malah menerusi hantaran Threads itu juga, Iqbal berkongsi pengalamannya sendiri.
“Kena percaya walau tak boleh taksub. Sejujurnya saya dapat rasa kalau orang cuba buat 'sesuatu' pada saya.
“Malah, ada yang kantoi depan-depan. Tapi ada pernah, kita jadi lemah,” kongsinya.
Salah satu tanda gangguan yang dikongsi Iqbal adalah apabila amalan solat semakin kerap ditinggalkan.
“Pertama, jadi malas solat. Sangat berat. Walaupun kita tahu orang tengah buat, tapi tetap tak solat.
“Apabila kerap tak solat, benda tu barulah boleh kacau. Jadi mudah marah, orang jadi menjauh, mimpi bukan bukan.
“Kadang orang tak buat pun, tapi penyakit ain itu hadir. Makan dalam benda ni,” tulisnya.
Berikut merupakan perkongsian Iqbal:
