Skip to main content

Selebriti

Iqbal Zulkefli Sedih Kenyataan Nak Ubah Penampilan DSV Disalah Erti, Tak Ada Niat Nak Kritik - “Kalau Saya Jenis Maki Hamun Orang…”

Iqbal perbetul salah faham tentang Vida

Sekilas

  • Iqbal Zulkefli menjelaskan kenyataannya mengenai cadangan imej minimalis untuk Datuk Seri Vida telah disalah faham oleh sesetengah pihak.
  • Iqbal menegaskan niatnya bukan untuk memaksa atau mengkritik secara keterlaluan, sebaliknya hanya berkongsi pandangan peribadi agar Vida tampil lebih anggun dan elegan.
  • Anak sulung Vida, Cik B, menegaskan penampilan ibunya adalah pilihan peribadi dan bebas daripada pengaruh mana-mana pihak.

Pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli menegaskan kenyataanya mengenenai hasrat untuk mengubah imej usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida telah di salah erti oleh segelintir pihak.

Menerusi beberapa hantaran di Insta Story pada Isnin, Iqbal tampil memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menurut Iqbal, cadangannya agar Vida tampil dengan imej lebih minimalis dari segi solekan dan penampilan bukanlah satu paksaan, sebaliknya sekadar pandangan peribadi.

“Tentang saya cakap ingin Datuk Seri Vida pakai minimalist bulu mata dan penampilan sudah disalah erti.

“Sedih sebenarnya sebab saya bukan orang yang jenis lantang dan marah-marah. Tapi disebabkan saya sabar, menjawab dengan nada sopan dikata berpura,” jelasnya.

Iqbal juga turut menegaskan dia tidak pernah berniat untuk mengkritik secara keterlaluan apatah lagi memaksa Vida mengikut kehendaknya.

“Kalau saya jenis maki hamun orang dan mahu berbalas, sejak dulu lagi saya buat. Tapi didikan keluarga saya bukan kasar begitu.

“Tentang bulu mata, bibir dan penampilan DSV pula bukanlah memaksa. Mahu pakai 10 inci bulu mata pun, itu kebebasan beliau.

“Bualan ini pun sudah kalis oleh orang ramai dan DSV pun hanya santai saja. Apa pun, niat saya hanya mahu lihat beliau lebih anggun, imej sopan, mewah dan elegant.

“Sebab usia kita semakin bertambah juga. Kalau tidak mahu, pun tak mengapa, bukanlah serius pun, saya tiada hak dan tegasnya ini bukanlah bermakna saya mahu bercinta kembali,” tegasnya.

Mengulas lanjut mengenai hal tersebut, Iqbal menegaskan prinsip dirinya yang sentiasa mengutamakan adab dalam berkomunikasi, walaupun berdepan kritikan.

“Saya bukan tidak boleh lantang tetapi saya tidak suka bawa sikap biadab. Ziyad yang kecil umur empat tahun pun saya rotan jika tidak hormat orang sekeliling.

“Memang ibu ayah saya ajar untuk menjaga adab. Tidak kaya sangat pun tak apa asalkan ada adab,” coretnya.

Tambahnya lagi, latar belakang keluarganya turut memainkan peranan dalam membentuk peribadi dirinya.

“Lebih-lebih lagi datuk nenek saya berketurunan bangsawan, berada di istana, saya harus hormati dan menjaga tertib walau semarah apa pun hati, dan walau bagaimana pun orang buat, adab itu tetap utama.

“Biarlah ada yang cakap saya berpura-pura pun, lebih baik berpura-pura sopan berbanding biadab dari kecil sampai besar, itu bukan cara saya,” kongsinya.

Terdahulu, menerusi ciapan di Threads, Iqbal memaklumkan dia mahu mengubah penambila serta imej Vida supaya menjadi lebih minimalis.

Tambah Iqbal, niatnya itu bukan kerana mahu menghilangkan identiti asal Vida sebaliknya hanya mahu membuatkan bekas kekasihnya itu kelihatan lebih mewah.

Bagaimanpun, anak sulung Vida iaitu Cik B tampil memberikan komen balas berhubung ciapan tersebut.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, penampilan diri merupakan pilihan individu dan ibunya bebas untuk bergaya mengikut cita rasa sendiri tanpa perlu dipengaruhi mana-mana pihak.

Anda mungkin berminat dengan

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

ROOFLESS Baju Renang Lelaki Dewasa Swimming Suit Man Baju Mandi Seluar Renang Seluar Mandi Swimsuit Man Baju Swimming

ROOFLESS Baju Renang Lelaki Dewasa Swimming Suit Man Baju Mandi Seluar Renang Seluar Mandi Swimsuit Man Baju Swimming

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Warm Thermal Underwear for Women Thickened Berber Fleece Long John Women's Thermal Wear Set Lamb Cashmere for Winter Autumn

Warm Thermal Underwear for Women Thickened Berber Fleece Long John Women's Thermal Wear Set Lamb Cashmere for Winter Autumn

(Refine by Lovito) Elegant Braid Flat Sandals for Women LR15E332 (Refine by Lovito) Sandala Rantai Ramping Yang Elegan untuk Wanita LR15E332

(Refine by Lovito) Elegant Braid Flat Sandals for Women LR15E332 (Refine by Lovito) Sandala Rantai Ramping Yang Elegan untuk Wanita LR15E332

Bra PLUS SIZE Cup B/C FULL CUP 3 Hook [ANNAH] Wireless Bra / Baju Dalam Bra Wanita Penuh Tutup Tanpa Dawai 34~52

Bra PLUS SIZE Cup B/C FULL CUP 3 Hook [ANNAH] Wireless Bra / Baju Dalam Bra Wanita Penuh Tutup Tanpa Dawai 34~52

Advertisement