Skip to main content

Hiburan

Iqbal Zulkefli Titip Pesan Buat Pendatang Baharu - “Industri Hiburan Penuh Kontroversi, Perlu Emosi & Mental Yang Kuat”

Iqbal Zulkefli

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli menitipkan pesan buat mana-mana pihak yang berhasrat ingin menceburkan diri dalam dunia hiburan.

Ujar Iqbal, dunia hiburan masa kini bukan sahaja mementingkan bakat malah memerlukan kekuatan emosi serta mental.

Justeru, pempengaruh berusia 31 tahun ini menitipkan pesan buat mana-mana individu untuk berfikir terlebih dahulu sebelum memilih untuk menceburkan diri dalam industri hiburan tanah air.

“Sebab itu fikir betul-betul jika mahu masuk industri. Banyak fitnah, perlukan emosi dan mental yang kuat,’ kongsinya di Threads.

Sumber: Threads

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement