Penyanyi, Irfan Haris tidak menyembunyikan rasa gembira apabila kakaknya, Amira Othman kini bertukar status kepada isteri pelakon, Fattah Amin.
Irfan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya memuat naik foto mereka bersama beserta kapsyen lucu yang menarik perhatian netizen.
Advertisement
Kata Irfan dengan kapsyen berseloroh, dia kini mengambil keputusan untuk menarik diri sebagai ketua netizen disebabkan pasangan itu sudah bernikah.
“Setelah perungkaian saya hampir selama tujuh bulan, dengan ini saya meletakkan jawatan sebagai ketua netizen untuk merungkai.
“Kes ditutup kerana ianya ternyata sah. happy belated birthday abang ipar @fattahaminz dan selamat pengantin baru kamu berdua @amiraaothman akhir kata dari saya, neyyyy,” coretnya.
Sebelum ini, Irfan tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika berada di atas pelamin untuk mengambil gambar bersama Amira.
Terdahulu, Fattah dan Amira itu dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan disaksikan bapa pengantin perempuan.
Pihak lelaki menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Amira juga menerima mas kahwin seutas gelang tangan emas.