Skip to main content

Viral

Irfan Haris Menangis Lihat Amira Othman Kahwin, Netizen Boleh Relate - “Paling Manja, Selalu Dengan Kakak, Lepas Ni Mesti Rasa Sunyi”

Irfan Haris Menangis Lihat Amira Othman Kahwin, Netizen Boleh Relate

Penyanyi, Irfan Haris tidak dapat menahan sebak selepas kakak kesayangannya, Amira Othman selamat dijabkabulkan dengan Fattah Amin.

Menerusi video tular di media sosial, Irfan kelihatan begitu sebak sebelum menangis dan mengesat air matanya ketika berada di atas pelamin untuk mengambil gambar bersama Amira.

Advertisement

Momen itu ternyata membuatkan netizen sebak melihat keakraban hubungan dua beradik ini.

Malah rata-rata netizen juga memahami isi hati Irfan sebagai seorang adik yang sangat manja harus melepaskan kakaknya kepada Fattah.

Antara komen netizen adalah:

 

Berikut merupakan momen Irfan:

 

@.amira.othman #irfanharis #amiraothman #fattahamin ♬ suara asli - dimas :)🌻 - 🫀

 Terdahulu, Fattah dan Amira itu dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan disaksikan bapa pengantin perempuan.

 

Pihak lelaki menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

Amira juga menerima mas kahwin seutas gelang tangan emas.

Must-Watch Video

Advertisement