Skip to main content

Viral

Irfan Haris Sebak Titip Doa Buat Amira Othman - "Sayang Sampai Syurga, Maybe Kita Tak Dapat Spend Time Macam Dulu..."

irfan_fattmira

Penyanyi Irfan Haris turut melayangkan ucapan sempena hari jadi kakaknya, Amira Othman yang juga isteri kepada pelakon terkenal Fattah Amin.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Irfan berkongsi dua foto kenangan bersama kakaknya dan abang iparnya, dengan kapsyen yang menyentuh hati.

Advertisement

“Happy birthday Kakya!! Maybe kita tak dapat spend time macam dulu kak sebab akak ada responsibility yang lebih besar, tapi Ales tak pernah stop doakan yang baik-baik untuk Kakya dengan Abang Fattah. Sayang Kakya sampai syurga. I miss youuu,” tulisnya bersama emoji sedih.

Irfan juga berkongsi foto-foto ketika meraikan hari bahagia Fattah dan Amira ketika majlis resepsi pasangan itu beberapa bulan lalu.

Fattah dan Amira telah sah bergelar suami isteri pada 14 September 2025. Ini berlaku selepas mereka berdua menjadi rapat ketika bekerjasama dalam beberapa projek seni.

Untuk rekod, Fattah pernah berkahwin dengan aktres Fazura dan mereka bercerai pada 7 Oktober 2024. 

Must-Watch Video

Advertisement