Sekilas
- Isa Isarb berkongsi luahan jujur mengenai perasaan ‘semak’ dalam kehidupan berumah tangga yang datang dari dirinya sendiri, bukan isteri.
- Perkongsian Isa mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut merasai perasaan sama dalam usaha memberikan yang terbaik buat pasangan.
- Isa mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh Siti Nurliana Alisa pada Mac 2024 dan kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata.
Pempengaruh media sosial dan YouTuber popular, Isa Isarb menyorot perhatian apabila berkongsi satu luahan jujur mengenai kehidupan berumah tangga.
Menerusi aplikasi Threads, Isa atau nama lengkapnya Isa Batharul Zaman beranggapan kehidupan berumah tangga dan beristeri sebagai ‘semak’.
Walau bagaimanapun, Isa menegaskan bahawa perasaan semak itu bukanlah datang dari isteri tetapi daripada perasaannya yang berasakan tidak pernah memberikan yang terbaik buat insan yang tersayang.
“Hidup beristeri ni sebenarnya semak. Bukan sebab isteri aku semak, tapi sebab perasaan aku sendiri yang tak pernah puas.
“Sentiasa nak buat yang terbaik. Sentiasa rasa apa aku buat tu tak cukup,” kongsinya.
Menerusi perkongsian yang sama, Isa turut bertanyakan kepada warganet adakah apa yang dirasainya itu adalah satu perkara yang biasa dirasai para suami di luar sana.
“Memang macam tu eh? Relate tak (dengan warganet)?,” tanya Isa.

Luahan tersebut kemudiannya menuai pelbagai reaksi dan respon dalam kalangan netizen yang rata-ratanya merasakan hantaran Isa itu sangat ‘relatable’ buat mereka yang sudah berumah tangga.
Ramai yang mengakui mereka turut merasai perasaan yang sama di mana mereka sering merasakan banyak lagi pengorbanan yang perlu dan boleh mereka lakukan buat isteri mereka.


Sekadar info, Isa selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati yang juga merupakan pempengaruh, Siti Nurliana Alisa Mohd Zakri pada 9 Mac 2024 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada 6 Januari lalu.
Sumber: Threads Isa Isarb