Skip to main content

Selebriti

Isa Isarb Cadang Kursus Keibubapaan Wajib Ada Di Malaysia - “Apa Yang Orang Nampak Sebagai ‘Budak Jahat’ Itu Selalunya…”

Isa Isarb

Sekilas

  • Isa Isarb berpendapat tiada manusia dilahirkan jahat, sebaliknya persekitaran dan didikan sejak kecil membentuk tingkah laku seseorang.
  • Isa menekankan pentingnya kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja sebagai faktor utama dalam pembentukan karakter.
  • Isa mencadangkan kursus keibubapaan diwajibkan di Malaysia, sama seperti kursus perkahwinan, untuk membantu membentuk generasi yang lebih baik.

Pempengaruh media sosial dan YouTuber popular, Isa Isarb berpendapat tiada manusia yang dilahirkan sebagai individu jahat.

Menerusi hantaran di platform Threads, Isa berkata faktor persekitaran dan didikan sejak kecil antara menjadi punca utama yang membentuk tingkah laku seseorang.

“Bagi saya, sebenarnya tak ada orang yang betul-betul jahat.

“Apa yang orang nampak sebagai “budak jahat” tu selalunya cuma seseorang yang dibesarkan dalam suasana yang tak sepatutnya, sampai beri kesan pada mental dia dan buat dia bertindak dengab trauma,” coretnya.

Dalam pada itu, Isa juga turut menekankan kepentingan aspek kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Malah, Isa mencadangkan agar kursus keibubapaan dijadikan sebagai satu keperluan wajib di Malaysia, sama seperti kursus perkahwinan yang dilaksanakan ketika ini.

“Selain kursus kahwin, saya rasa kursus keibubapaan pun patut diwajibkan di Malaysia,” luahnya.

Pandangan yang dikongsikan Isa itu turut meraih netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa pendidikan keibubapaan memainkan peranan penting dalam membentuk generasi yang lebih baik pada masa hadapan.

Sumber: Threads @isaisarb

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement