Sekilas
- Pelakon Isa Khan kini sedang melalui fasa perubahan dalam kehidupannya dan bersyukur diberi peluang memperbaiki diri.
- Isa mengakui banyak dosa yang pernah dilakukan tetapi berharap dapat istiqomah dalam amal ibadah dan tidak mengecewakan Allah SWT.
- Dia memohon doa agar terus kekal di jalan yang lurus dan berharap syurga menjadi destinasi terakhirnya.
Pelakon, Isa Khan mengakui dirinya kini sedang melalui fasa perubahan dalam kehidupannya.
Menerusi hantaran di Instagram, Isa yang juga merupakan suami kepada pelakon Risteena ini bersyukur kerana masih diberi peluang memperbetulkan kekhilafan diri selain berubah menjadi insan yang lebih baik.
“Banyak dah umur aku, hidup sampai bila pun tak tahu. Tak terkira dosa yang aku dah buat dalam hidup ni, tapi Allah SWT tak tarik nyawa aku masa sedang aku menikmati dunia di dalam khilaf aku sendiri,” coretnya.
Dalam hantaran yang sama, Isa juga berharap agar dirinya sentiasa istiqomah dalam melakukan amal ibadah, dan menerima pengakhiran yang baik,
“Dia maha baik, sebab tu harini aku pilih untuk berubah dan tak nak kecewakan Allah Swt lagi.
“Sahabat, doakan aku terus kekal di jalan yang lurus ini sehingga lah nafas terakhir menjemput.
“Semoga segala amal aku di terima oleh Nya, dan semoga syurga menjadi destinasi terakhir aku,” tulisnya.