Skip to main content

Hiburan

Isa Khan Tegur Tindakan Netizan Yang ‘Acah Peduli’ Isu Palestin - “Hari Tu Rancak, Sekarang Dah Tiada Yang Post…”

njhjh

Sekilas

  • Isa Khan menegur netizen yang semakin kurang memberi perhatian terhadap isu Gaza selepas kempen Sumud Flotilla berakhir.
  • Beliau menegaskan bahawa keadaan rakyat Palestin di Gaza masih kritikal dan isu ini bukan perkara bermusim.
  • Isa mengajak orang ramai terus mendoakan dan melakukan usaha kecil seperti solat sunat hajat untuk kesejahteraan penduduk Gaza.

Pelakon, Isa Khan, tampil menegur sikap segelintir netizen yang dilihat semakin ‘senyap’ mengenai isu Gaza.

Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Isa mempersoalkan tindakan segelintir netizen yang yang dilihat sudah tidak lagi memberi perhatian dan lantang mengenai perkembangan Gaza.

“Kenapa aku tengok sekarang tak ada seorang pun yang post pasal Gaza lagi? Hari tu masa Sumud Flotilla tu bukan main rancak lagi semua, hanya sebab ada artis join Sumud tu yang jadi viral kejap tu.

“Kenyataannya adalah kita ni tak berapa peduli pun pasal Gaza sebenarnya, hanya acah-acah peduli masa benda tengah viral je,” tulisnya.

dfdf

Menurut Isa, isu Gaza bukan perkara bermusim dan keadaan rakyat Palestin masih kritikal hingga kini.

“Isu Gaza ni bukan benda bermusim guys, korang ingat dorang dah selamat ke kat sana? Tak, keadaan Gaza makin hari makin teruk,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Isa mengajak orang ramai agar terus mendoakan kesejahteraan penduduk Gaza dan tidak melupakan usaha kecil yang mampu dilakukan.

“Please jangan lupa solat sunat hajat dua rakaat setiap hari untuk saudara Islam kita di Gaza,” ujarnya.

Isu Gaza sebelum ini pernah kembali hangat susulan misi kemanusiaan Sumud Flotilla yang turut membabitkan beberapa selebriti tempatan, namun perhatian masyarakat dilihat kembali berkurangan selepas tamatnya tumpuan terhadap misi tersebut.

 

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement