Skip to main content

Berita Tempatan

"'Istana Menanti' Asalnya Lagu Saya, Ada Penyanyi Datang Minta Sebab Tiada Lagu Hit" - Awie

ASTRO GEMPAK awie istana menanti

Sekilas

  • Awie dedahkan lagu Istana Menanti asalnya dicipta oleh Datuk M. Nasir untuk dirinya sebelum menjadi hit Rahim Maarof.
  • Awie akan menyanyikan lagu tersebut dalam Konsert Dato’ M N47IR Cipta 4 sebagai penghargaan kepada sifu muziknya.
  • Konsert ini akan berlangsung pada 4 Julai 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil, sambut ulang tahun ke-68 Datuk M. Nasir dan kemuncak trilogi CIPTA.

Penyanyi rock terkenal, Awie mendedahkan lagu malar segar Istana Menanti sebenarnya dihasilkan oleh Datuk M. Nasir untuk dirinya sebelum akhirnya menjadi lagu hit yang dipopularkan oleh Rahim Maarof.

Menurut Awie, lagu tersebut pada asalnya dirancang untuk dimuatkan dalam filem Fenomena, namun hasrat itu berubah apabila seorang penyanyi lain datang bertemu M. Nasir untuk memohon lagu berkenaan.

"Dulu M. Nasir buat lagu Istana Menanti untuk saya, untuk dimasukkan dalam filem Fenomena. Saya ingat lagi dari A sampai Z. Saya rakam lagu itu waktu bulan puasa. Selesai rakam tiba-tiba ada seorang penyanyi datang minta lagu itu sebab dia tak ada lagu hit.

“Pada mulanya M. Nasir tak nak bagi, tetapi akhirnya mengalah juga selepas dipujuk," kata Awie sewaktu ditemui pada sesi latihan Konsert Dato’ M N47IR Cipta 4 di Sungai Buloh.

Mengimbau kembali kisah tersebut, Awie berkata beliau kini berpeluang menyanyikan lagu itu sendiri dalam Konsert Dato’ M N47IR Cipta 4  sekali gus menganggap ia sebagai detik yang cukup bermakna.

"Sekarang saya buruk siku lah. Saya ambil balik dan nyanyi lagu ini dalam konsert ini," katanya berseloroh.

Lagu Istana Menanti diterbitkan dalam album Rahim Maarof berjudul Sensitif yang dipasarkan pada tahun 1990.

Selain Istana Menanti, Awie turut bakal mendendangkan lagu ikonik Ghazal Untuk Rabiah. Konsert berkenaan turut menampilkan penyanyi dan komposer terkenal dari Indonesia, Melly Goeslaw yang juga akan menyampaikan dua buah lagu ciptaan sifu kesayangan ramai ini.

Sementara itu, Awie juga melahirkan rasa teruja kerana berpeluang terlibat dalam siri akhir konsert Cipta yang pertama kali berlangsung pada tahun 2024.

Beliau berkata: “Saya seronok kerana inilah figura yang pertama kali mengajar saya menyanyi pada tahun 80-an. Beliaulah orangnya, Datuk M Nasir. Jadi saya teruja untuk terlibat dalam konsert ini.”

Konsert DATO' M. N47IR CIPTA 4 yang bakal berlangsung pada 4 Julai 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur ini juga diadakan bersempena ulang tahun kelahiran sang maestro yang ke-68.

Ia menjadi kemuncak kepada trilogi CIPTA yang sebelum ini mencetus fenomena besar dalam industri muzik tempatan dengan penganjuran Konsert Cipta 1, Cipta 2 dan Cipta 3, selain edisi khas Cipta Raya.

Penganjur, Icon Entertainment sebelum ini memberiyahu pemilihan judul CIPTA melambangkan keseluruhan perjalanan seni M. Nasir yang sinonim dengan idea, daya pemikiran dan kreativiti luar biasa dalam menghasilkan karya seni yang bersifat unik serta merentas generasi dan wajar dipecahkan kepada empat pementasan kerana M. Nasir memiliki ratusan karya yang dicipta untuk dirinya serta penyanyi lain.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Must Watch Video

Advertisement