Skip to main content

Hiburan

Isteri Azlan Komeng Kongsi Luahan Hati, Beri Bayangan Pilih Haluan Berbeza - “Takdir Membawa Kami Ke Arah…”

ASTROGEMPAK Azlan Nilam

Sekilas

  • Nur Nilam Ortiz berkongsi di TikTok bahawa dia dan suaminya, Azlan Komeng, sepakat untuk meneruskan kehidupan masing-masing secara berasingan dengan penuh hormat.
  • Walaupun berpisah, mereka komited untuk menjadi ibu bapa bersama yang baik tanpa dendam atau memburukkan antara satu sama lain.
  • Nilam menganggap perpisahan ini sebagai satu pembelajaran dan kematangan, serta berharap doa baik daripada orang ramai untuk mereka.
Advertisement

Perkongsian isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz di TikTok mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian itu, Nilam seakan-akan memberi bayangan dia dengan Azlan sudah sepakat memilih untuk meneruskan kehidupan masing-masing dengan haluan yang berbeza. 

 

“Kami sepakat untuk meneruskan kehidupan di jalan yang berbeza, dengan doa yang baik dan penuh hormat untuk satu sama lain.

 

“Saya beritahu bukan untuk membuka cerita lama, tetapi kerana suatu hari nanti mungkin kami masing-masing akan bertemu orang lain dan memulakan fasa baharu,” kongsinya

 

Menganggap Azlan seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab, Nilam berkata mereka tetap akan menjaga anak bersama-sama dengan baik. 

 

“Dia seorang suami yang baik dan ayah yang bertanggungjawab. Banyak perkara indah yang kami lalui bersama. Cuma takdir membawa kami ke arah berbeza.

 

“Kami tetap komited menjadi co-parenting yang baik untuk anak kami tanpa dendam, tanpa memburukkan sesiapa.

 

“Ini bukan kegagalan. Ini adalah pembelajaran, kematangan, dan ruang untuk menjadi manusia yang lebih baik. Doakan yang baik-baik untuk kami,” ujarnya lagi. 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement