Skip to main content

Berita Antarabangsa

Isteri Irwansyah, Zaskia Sungkar Menangis Hamil Kali Kedua Hasil IVF

irwansyah

Pasangan suami isteri Irwansyah dan Zaskia Sungkar kini menikmati kebahagiaan baharu apabila bakal bergelar ibu bapa buat kali kedua.

Hal ini lantaran Zaskia berjaya hamil kali kedua. Wanita itu pertama kali hamil dan melahirkan anak lelaki mereka Ukkasya Muhammad Syahki melalui proses bayi tabung atau IVF pada Mac 2021.

Advertisement

Kisah kehamilan pelakon dan pereka fesyen tersebut memang penuh perjuangan. Zaskia hanya menikmati kesempatan hamil selepas 10 tahun berkahwin dengan Irwan Syah dan ia berhasil menerusi proses IVF.

Kini selepas empat tahun, wanita berusia 34 tahun itu menangis selepas perjuangannya untuk hamil kali kedua berjaya.

Kehamilan kedua Zaskia juga menggunakan proses IVF. Zaskia malah mengumumkan kehamilan keduanya dengan ‘membawa’ peminat melihat dirinya melakukan pemeriksaan kehamilan USG dan memperdengarkan detak jantung bayi yang masih di dalam kandungan kepada semua.

“The new chapter. Insya Allah,” tulisnya di Instagram seperti dilaporkan Detik.com.

Usia kehamilan Zaskia diketahui sudah masuk ke trimester kedua dan ‘baby bump’nya juga sudah mula kelihatan.

“”Hello welcoming second trimester, semoga Allah mudahkan,” tulisnya lagi.

Zaskia juga mengucapkan terima kasih kepada Irwahsyah, keluarga, sahabat dan doktor yang menjaganya sejak awal melakukan IVF sehingga kini.

Selain Ukkasya, pasangan selebriti tersebut juga memiliki seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Humaira.

Must-Watch Video

Advertisement