Sekilas
- Isteri pempengaruh Ryan Bakery, Elyia Ibrahim, mengalami keguguran buat kali kedua seperti yang dikongsi Ryan di Instagram.
- Ryan menyatakan rasa terkilan namun reda dan berharap isterinya kembali sihat serta kuat selepas kejadian itu.
- Ryan turut mendoakan agar semua ibu yang menanti zuriat terus cekal dan dipermudahkan rezeki mereka.
Isteri kepada pempengaruh media sosial, Ryan Bakery iaitu Elyia Ibrahim keguguran buat kali kedua.
Berita duka itu dikongsikan sendiri Ryan menerusi satu perkongsian yang dibuat di Instagram (IG).
Menerusi perkongsian yang dibuat, Ryan mengakui dia berasa sedikit terkilan dengan berita tersebut namun rasa itu tidaklah sesakit isteri yang mengalaminya.
Tambah Ryan, dia juga reda dengan situasi itu malah mahu isterinya kembali kuat dan sihat.
“Sakit merasa kehilangan, sakit lagi ibu yang menanggungnya. Fizikal mahupun mental.
“Isteri saya keguguran buat kali kedua. Tak mengapa sayang, kita dah buat yang terbaik.
“Reda atas segalanya, ikhlas menerimanya. Yang penting, saya nak awak kembali sihat,” luahnya.
Dalam masa yang sama, Ryan mendoakan agar semua golongan isteri yang menanti zuriat terus cekal dan tidak berputus harap untuk menimang cahaya mata satu hari nanti.
“Kepada ibu-ibu di luar sana yang menghadapi pekara yang sama, saya doakan moga cepat sembuh. Kuatkan semangat, ada rezeki lain.
“Insha-Allah kepada yang masih menanti cahaya mata, saya doakan moga dilancarkan rezeki kalian, dipermudahkan segala urusan. Aamiin,” tambahnya.
Sebelum ini, Ryan turut memaklumkan isterinya keguguran sewaktu sedang hamil anak kedua mereka pada Syawal lalu.
Untuk rekod, Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ryan Ezra.
Sumber: Instagram