Skip to main content

Hiburan

Isu 'Body Shaming" Najwa Latif, Shila Amzah Seru Netizen Pilih Untuk Berbuat Baik - “Setiap Ibu Cantik Dalam Setiap...”

Isu 'Body Shaming" Najwa Latif, Shila Amzah Seru Netizen Pilih Untuk Berbuat Baik - “Setiap Ibu Cantik Dalam Setiap...”

Sekilas

  • Shila Amzah mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berbuat baik dan tidak menghukum fizikal ibu, kerana setiap ibu mengalami perubahan fizikal, mental, dan emosi yang berbeza.
  • Shila memuji Najwa Latif sebagai insan baik dalam industri seni dan menegaskan Najwa layak menerima kasih sayang dan kebaikan sahaja.
  • Komen negatif terhadap fizikal Najwa Latif selepas bersalin mendapat kecaman netizen, dan ramai menyokong pesanan positif Shila.
Advertisement

Penyanyi, Shila Amzah menitipkan pesanan kepada masyarakat agar sentiasa berbuat baik dan tidak mudah menghukum fizikal seseorang, khususnya golongan ibu.

 

Advertisement

Menurut Shila, perjalanan bergelar seorang ibu sememangnya indah, namun ia turut hadir dengan pelbagai perubahan dari segi fizikal, mental dan emosi yang dilalui secara berbeza oleh setiap wanita.

 

“Menjadi seorang ibu adalah perjalanan yang sangat indah, tetapi ia juga hadir dengan begitu banyak perubahan, dari segi fizikal, mental dan emosi.

 

“Sesetengah perubahan itu boleh menjadi sangat mencabar dan setiap ibu melaluinya dengan cara yang berbeza.

 

“Jadi, tolong sentiasa pilih untuk berbuat baik. 🤍 Setiap ibu itu cantik, dalam setiap fasa perjalanan mereka,” tulisnya.

 

Dalam perkongsian sama, Shila turut menyentuh mengenai penyanyi, Najwa Latif yang sebelum ini menjadi perhatian susulan komen seorang individu mengenai fizikalnya.

 

Shila menyifatkan Najwa sebagai antara insan paling baik yang pernah ditemuinya sepanjang berada dalam industri seni.

 

“Dan Najwa Latif sentiasa menjadi antara insan paling baik yang pernah saya temui dalam industri ini.

 

“Dia tidak layak menerima apa-apa selain kasih sayang dan kebaikan. 🫶🏼” katanya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pesanan yang diberikan oleh pelantun lagu Tiada Dirimu itu.

Terdahulu, seorang individu menerima kecaman hebat daripada netizen selepas mengeluarkan komen mengenai fizikal penyanyi, Najwa Latif.

Menerusi satu hantaran di Threads, individu berkenaan memberikan pandangan mengenai penampilan wanita selepas bersalin dan membandingkan fizikal Najwa dengan selebriti lain. 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement