Skip to main content

Hiburan

Isu MUA Viral Minta Klien Angkat Barang, Zulin Aziz Anggap Isu Timbul Kerana Masalah Komunikasi - “Mungkin Cara Kau Mesej Tak Kena Cara”

fdvdf

Sekilas

  • Zulin Aziz berkongsi pandangan tentang situasi jurusolek yang meminta klien angkat barangan solek, menyifatkan cara permintaan itu penting.
  • Menurut Zulin, pendekatan mesra dan berhemah ketika meminta bantuan akan membuatkan klien lebih mudah bersimpati dan membantu.
  • Isu pembatalan perkhidmatan dipercayai berpunca daripada cara mesej permintaan bantuan disampaikan, bukan kerana klien enggan membantu.

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz meluahkan rasa pelik dengan situasi melibatkan seorang jurusolek yang meminta klien mengangkat barangan solek miliknya.

Menerusi perkongsian di Threads, Zulin tampil memberikan pandangan peribadi berhubung isu tersebut.

“Kalau MUA tu kawan-kawan aku, okey je aku nak angkatkan beg dia.

“Kalau bukan kawan, suruh-suruh aku angkat beg kau… aku pandang dia atas bawah dan cakap, ‘kau make-upkan aku percuma boleh?’,” tulisnya.

Menurut Zulin, situasi itu disifatkan sebagai pelik dan tidak sepatutnya berlaku tanpa adab serta cara penyampaian yang betul.

“Apa lahaih. Pelik-pelik perangai,” ujarnya.

Bagaimanapun, Zulin menjelaskan isu sebenar bukanlah soal membantu atau tidak, sebaliknya cara seseorang itu meminta pertolongan.

“Aku rasakan… aku rasa jelah.

“MUA tu kalau dia telefon dan cakap elok-elok, ‘Dik, akak dah sampai. Barang banyak ni, tunggu jap ya. Tak ada pembantu hari ni, akak kena angkat satu-satu’,” katanya.

Tambahnya, pendekatan yang lebih mesra dan berhemah pasti akan menimbulkan rasa simpati daripada pihak klien.

“Atas dasar kemanusiaan, mesti yang dengar pun kesian. Dia pun akan cakap, ‘Tak apa kak, nak saya tolong ke? Saya turun’.

“Haa, kan harmoni kejadiannya,” tulis Zulin lagi.

vdvddv

Dalam masa sama, Zulin berpendapat pembatalan oleh klien berkemungkinan berpunca daripada cara mesej permintaan bantuan itu disampaikan.

“Mungkin cara kau mesej minta tolong tu tak kena cara. Agaknya sebab itu dia batal kot, bukan sebab dia tak boleh nak tolong,” jelasnya.

Terdahulu, tular di laman Threads kisah seorang jurusolek yang meminta pelanggannya membantu mengangkat barangan solek.

Namun difahamkan, klien berkenaan bertindak membatalkan perkhidmatan selepas permintaan tersebut dibuat.

Must-Watch Video

Advertisement