Tindakan seorang pempengaruh menggelarkan anak perempuannya yang juga pempengaruh cilik sebagai ‘mini wife’ baru-baru ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.
Konten yang tular di media sosial itu bukan sahaja menimbulkan perdebatan mengenai batas dalam keibubapaan, malah turut mengundang perhatian seorang peguam, Jill Liyana, yang tampil memberikan penjelasan dari sudut undang-undang.
Advertisement
No, you cannot call your daughter a “mini wife” under the Child Act 2001 (Malaysia) or in general legal terms. Parents are expected to care for their children without subjecting them to roles or expectations inappropriate for their age. Assigning spousal roles to a child blurs boundaries and can be seen as harmful to the child’s development. Such language might be viewed as suggestive of grooming or sexual exploitation, which is an offence under the Child Act 2001 and the Sexual Offences Against Children Act 2017.
Menurut Jill, penggunaan istilah seperti itu tidak wajar sama sekali terhadap seorang kanak-kanak kerana boleh menjejaskan perkembangan mereka.
Tidak, anda tidak boleh memanggil anak perempuan anda sebagai mini wife di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Malaysia) atau dalam istilah undang-undang secara umum.
“Ibu bapa sepatutnya menjaga dan melindungi anak-anak mereka tanpa meletakkan apa-apa istilah yang tidak sesuai dengan usia mereka,” kongsinya
Tambah Jill lagi, memberikan peranan sebagai pasangan (spousal role) kepada seorang kanak-kanak boleh mengaburkan batas hubungan keluarga. Malah, ia juga boleh dilihat sebagai satu bentuk grooming atau eksploitasi seksual.
“Memberikan peranan sebagai pasangan (spousal role) kepada seorang kanak-kanak boleh mengaburkan batas hubungan serta boleh dianggap sebagai satu perkara yang memudaratkan perkembangan mereka.
“Penggunaan istilah itu juga boleh dilihat sebagai berunsur grooming atau eksploitasi seksual,” jelasnya.
Sebelum ini, pempengaruh terbabit menerima kecaman hebat apabila penampilan anak perempuannya yang masih bersekolah rendah dianggap tidak bersesuaian dengan usia.
Namun selepas isu itu hangat diperkatakan, dia tampil membuat permohonan maaf secara terbuka serta mengakui mengambil maklum terhadap setiap teguran yang diberikan netizen.