Skip to main content

Hiburan

Isyariana Seronok Beraya Di Kampung, Keluarga Tak Pernah Desak Soal Jodoh - “Pak Cik & Mak Cik Saya Tak Pernah Tanya”

Isyariana

Sekilas

  • Isyariana bersyukur kerana keluarganya sangat memahami dan tidak pernah bertanya soal jodoh ketika beraya di kampung.
  • Hubungan Isyariana dengan ibu dan bapa saudaranya sangat rapat seperti adik-beradik, menjadikan suasana raya lebih selesa.
  • Persiapan raya Isyariana simple dengan hanya sehelai baju raya dan dia lebih suka menikmati masakan rendang dan ketupat hasil air tangan ibunya.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi, Isyariana meluahkan rasa syukur kerana memiliki keluarga yang sangat memahami serta menerima dirinya seadanya.

Menurut Isyariana atau Isyariana Che Azmi, dia pasti akan berasa sangat selesa setiap kali beraya di kampung kerana tidak pernah mendesak atau mengajukan soalan sensitif berkaitan soal jodoh.

Advertisement

“Saya suka sangat dengan keluarga saya. Setiap kali beraya di kampung, adik-beradik mama sejenis yang menerima saya seadanya.

“Mereka tak pernah tanya bila saya akan ada pasangan mahupun bertemu jodoh,” katanya.

Tambahnya lagi, meskipun mereka bertaraf ibu dan bapa saudara kepada Isyariana namun, hubungan mereka begitu rapat seperti adik-beradik.

“Kami dah macam adik-beradik walaupun pangkat mereka adalah ibu dan bapa saudara saya. Kalau ada masalah atau ada luahan, mereka mesti akan kongsi dengan saya.

“Jadi bila balik kampung tak adalah yang bertanya bila nak kahwin. Cuma itulah, orang yang jarang kita jumpa pula jenis suka bertanya,” katanya kepada Gempak.

Ditanya mengenai persiapan raya, pelakon drama Isteri Halal ini memaklumkan dia hanya melakukan persiapan yang sederhana.

“Sambutan raya saya simple, baju raya pun sehelai saja. Beli baju pun sekadar nak meraikan.

“Cuma kalau bercakap soal raya, saya tak akan masak sebab saya suka rasa air tangan mama saya. Saya hanya tolong sikit-sikit.

Tambah Isyariana, antara hidangan yang dimasak ibunya setiap kali hari raya adalah rendang dan ketupat.

“Antara juadah raya yang mama saya buat dan paling saya suka adalah rendang dan ketupat, itu wajib.

“Air tangan mama sangat sedap sebab itu saya memilih untuk tidak memasak,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

Must Watch Video

Advertisement