Skip to main content

Hiburan

Jadual Kerja Terlalu Padat, Peminat Risau Kesihatan Aisha Retno - “Doakan Kesihatan Mental & Fizikal Saya”

Aisha Retno

Sekilas

  • Aisha Retno kini sibuk dengan pelbagai projek besar termasuk persiapan AJL, Puteri Gunung Ledang The Musical, dan pentas akhir Teka-Teki Muzik Malaysia bersama Anggrek.
  • Dia juga dilantik sebagai juri mingguan untuk program Big Stage X Rocketfuel yang akan bermula 28 Jun di Astro Ria.
  • Walaupun jadual padat, Aisha bersyukur dan meminta peminat mendoakan kesihatan mental dan fizikalnya.

Selepas diumumkan sebagai salah seorang juri bagi program Big Stage X Rocketfuel, kesibukan serta jadual padat penyanyi dan komposer, Aisha Retno mula menjadi perhatian peminat.

Menerusi Threads, seorang pengguna meluahkan rasa kagum dan dalam masa yang sama berasa bimbang akan waktu rehat Aisha memandangkan dia kini terlibat dalam beberapa projek besar.

Menurut individu itu, Aisha bukan sahaja sedang membuat persiapan untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) malah turut bakal beraksi di pentas akhir Teka-Teki Muzik Malaysia (TTMM) bersama Anggrek.

“Aisha ni ada waktu rehat ke tak? Nak prepare AJL, PGL, final TTMM dengan Anggrek lepas tu sekarang jadi weekly judge untuk Big Stage.

“And in between dia compose lagu sana sini. I mean girl bagi sikit kat orang lain kot haha,” tulisnya.

Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian Aisha yang turut memberikan respon.

Ujar Aisha, dia bersyukur dengan segala rezeki yang diberikan dan dalam masa yang sama berharap orang ramai turut mendoakan kesihatan dirinya.

“Hahaha Allah sungguh baik beri semua ini, Aisha minta doakan kesihatan shj okay for now.

“Both mental and physical!” balasnya.

Terdahulu, Aisha diperkenalkan sebagai salah seorang juri bagi program nyanyian Astro iaitu Big Stage X Rocketfuel.

Selain Aisha, antara barisan juri yang dipilih bagi mengadili 10 peserta termasuklah Hael Husaini dan Akim Ahmad.

Untuk musim yang ketujuh ini, seramai 10 peserta bakal bersaing yang terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina serta duo Adam & Nazmie.

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.

Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel bermula 28 Jun ini pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement