Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyorot perhatian netizen selepas hadir ke majlis resepsi pasangan selebriti, Fattah Amin & Amira Othman.
Bukan sahaja menyampaikan lagu selamat ulang tahun buat Amira malah Siti juga sempat menghiburkan pasangan mempelai dan tetamu yang hadir dengan menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa.
Malah sebelum memulakan persembahanya, pelantun lagu Menamakanmu Cinta itu sempat menitipkan pesanan buat Fattah agar menjaga isterinya sebaik mungkin.
“Pesanan Kak Iti, Fattah jaga Amira baik-baik, dia seorang wanita solehah,InsyaAllah dia akan menjadi isteri yang solehah.
“Kita sama-sama doakan dan semoga Fattah menjadi pemimpin yang baik dan imam yang baik kepada Amira,” katanya.
Pasangan selebriti itu, turut mengucapkan terima kasih atas pesanan yang diberikan oleh penyanyi nombor satu negara itu.
Siti Nurhaliza juga sempat mendendangkan lagu Seluruh Cinta bersama penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa gembira melihat momen tersebut dan merasakan Amira dan Fattah sangat bertuah kerana dapat pesanan daripada Siti Nurhaliza.
Hiburan
“Jaga Amira Baik-Baik…” - Pesan Siti Nurhaliza Buat Fattah Amin