Sekilas
- Rita Rudaini mengambil inisiatif menjaga pemakanan anaknya dengan merancang menu sihat semasa peperiksaan percubaan SPM.
- Dia bekerjasama dengan pihak kafe untuk menyediakan makanan mengikut pilihan sendiri demi memastikan anak mendapat nutrisi cukup untuk fokus dan tenaga.
- Segala perbelanjaan ditanggung sendiri tanpa melibatkan dana persatuan, dan Rita menegaskan ia adalah usaha peribadinya sebagai ibu.
Pelakon, Rita Rudaini amat menitikberatkan penjagaan pemakanan anak-anaknya terutama ketika mereka sedang berdepan dengan peperiksaan besar.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Rita berkata dia mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan anaknya mendapat menu makanan yang sihat dan berkhasiat sepanjang tempoh menghadapi peperiksaan percubaan SPM.
Menurut Rita, dia sanggup mengeluarkan wang sendiri selain berusaha merancang menu serta mendapatkan kerjasama pihak kafe untuk menyediakan makanan mengikut pilihannya.
“Sepanjang anak saya tengah trial SPMRSM, saya sendiri ambil inisiatif untuk jaga pemakanan dia.
“Keluar duit sendiri, plan menu sendiri, dan saya minta kerjasama cafe untuk bantu sediakan menu yang saya pilih, dan sejujurnya, I genuinely enjoy doing it.
“Bagi saya, waktu exam bukan hanya tentang study. Pemakanan yang sihat dan cukup nutrisi pun sangat penting untuk tenaga, fokus dan minda.
“Terutamanya bila anak tengah struggle dengan exam. Ini salah satu cara saya support anak saya dari rumah,” kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, Rita menegaskansegala perbelanjaan untuk menyediakan pemakanan itu ditanggung menggunakan wangnya sendiri dan tidak melibatkan duit persatuan.
“Disclaimer: Semua ni atas usaha dan duit saya sendiri ya. Bukan duit persatuan.
“Duit saya, rezeki saya… Suka hati saya nak order apa untuk anak saya. Tak perlu dengki dengan rezeki atau plate orang lain.
“Kalau teringin, order dan bayar je lah, tak payah nak complicated sangat. Simple things, jangan kita yang buat jadi susah. Just a mom doing her best for her child,” tegasnya.