Usahawan, Datuk Red menjadi perhatian netizen apabila tampil dengan video ‘miming’ lagu popular Jamilah, yang sebelum ini tular selepas dilakonkan oleh aktor, Que Haidar.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya merakamkan Datuk Red sedang berbaring sambil berselimut, meniru gaya Que Haidar dalam video asal.
Advertisement
Bagaimanapun gaya bersahaja dan ekspresi wajah Datuk Red yang bersungguh-sungguh menghayati lagu itu ternyata membuatkan netizen terhibur.
Antara komen mencuit hati yang ditinggalkan oleh netizen adalah:
Walaupun hanya sekadar parodi namun video berkenaan telah meraih 3 juta tontonan dan lebih 11,000 tanda suka dalam masa singkat.
Rata-rata netizen memuji sikap Datuk Red yang tidak gemar berjenaka dan sentiasa tampil dengan kandungan santai untuk menghiburkan pengikutnya.
Berikut merupakan video parodi Datuk Red: