Sekilas
- Pelakon Noreen Iman memuat naik hantaran di Threads yang dipercayai ditujukan kepada individu yang sering cuba meraih simpati dengan meletakkan diri sebagai mangsa.
- Noreen menegaskan dia memilih untuk berdiam demi menjaga hubungan masa depan, namun memberi amaran bahawa kesabarannya ada batas.
- Pelakon itu kini hidup lebih tenang dan bahagia bersama keluarga, tanpa mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan dalam hantaran tersebut.
Pelakon Noreen Iman mencetuskan tanda tanya ramai apabila memuat naik satu hantaran dipercayai ditujukan kepada individu tertentu yang didakwa gemar meraih simpati dengan meletakkan diri sebagai mangsa.
Menerusi perkongsian dalam Threads, Noreen mengakui selama ini dia memilih untuk berdiam diri demi menjaga hubungan pada masa depan, namun memberi bayangan kesabarannya ada batas.
“Saya hanya diam sebab saya nak jaga hubungan untuk masa depan.
“You sengaja cuba buat orang puji dan simpati pada you, tetapi you sendiri tahu apa yang berlaku sepanjang perjalanan kita,” tulisnya.
Noreen turut mengakui dirinya bukanlah seorang yang sempurna, namun mempersoalkan tindakan individu terbabit yang didakwa sering cuba mendapatkan simpati orang ramai.
“Saya bukan orang suci dan tak pernah sempurna.
“Tapi kita hidup buat apa nak orang sentiasa simpati pada kita. Hidup kita, hadap sendiri,” katanya.
Menurut pelakon filem Kata Hati itu lagi, individu berkenaan didakwa sudah beberapa kali cuba menampilkan dirinya sebagai mangsa dalam sesuatu keadaan.
“Banyak kali you cuba buat orang nampak you mangsa. Tak mengapa.
“Satu saja, ‘dunia kejam pada lelaki miskin’, ‘hidup tak ada kena mengena’. Apa benda semua itu?” tulisnya.
Pada masa sama, Noreen memberi bayangan dia mempunyai banyak perkara untuk didedahkan, namun memilih untuk tidak berbuat demikian.
“Perlukah saya bersuara mengenai awak? Tak.
“Tapi jangan cuba uji saya,” katanya.

Dalam hantaran yang lain, Noreen turut berkongsi tentang kehidupannya kini yang lebih tenang dan bahagia bersama insan tersayang.
“Let me just live my life. I’m happy with my loved ones, my mom, my kids and my rezeki that Allah granted to us so I can take care of them.
“I’m the mom, I’m the dad and I’m happy with it. I still have the faith in me, and I stick to it.
“Thank you for the prayers. The people who love me, diorang adalah penyaksian nyata yang terbaik dalam hidup I.
“And I also wish you guys happy with your life too. No hatred, just peace,” katanya.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang tertanya-tanya siapakah individu dimaksudkan pelakon itu, namun sehingga kini Noreen tidak mendedahkan identiti mana-mana pihak.
Sumber: Threads