Sekilas
- Pelakon Nur Fazura memohon agar semua pihak memberi ruang kepada dia dan bekas suaminya, Fattah Amin, untuk membesarkan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya, dalam suasana yang tenang.
- Mereka sedang berusaha menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa sebaik mungkin demi kebahagiaan Fatima dan berharap tiada campur tangan dari pihak luar.
- Fazura terbuka jika ada yang ingin terlibat dengan syarat hanya mendoakan dan berkata yang baik-baik sahaja.
Pelakon Nur Fazura memohon agar semua pihak memberi ruang kepada dia dan bekas suaminya yang juga aktor Fattah Amin untukmembesarkan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya, dalam suasana yang tenang.
Menurut Fazura, dia dan Fattah kini sedang berusaha menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa sebaik mungkin demi kebahagiaan Fatima, justeru dia berharap tiada lagi mana-mana pihak mencampuri urusan mereka.
“Jangan ganggu proses ini, kami berdua nak co-parenting sebaik-baiknya untuk Fatima.
“Harap tak ada lagi siapa-siapa pun, tak kisahlah, kawan-kawan ke, orang luar ke, tak perlu lagi mencampuri ataupun mengganggu niat baik kami berdua ni untuk co-parent sebaik-baiknya untuk kebahagiaan anak kami.
“Yang hanya terlibat adalah Mummy Fatima, Daddy Fatima, dan Fatima. Tidak ada orang lain. Okey?” kongsinya dalam keadaan sebak ketika membuat siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Pada perkongsian yang sama, Fazura terbuka jika ada pihak yang ingin terlibat namun dengan syarat hanya mendoakan dan berkata yang baik-baik sahaja.
“Jika ada semua kata nak rasa terlibat, boleh, tapi dengan pas hargai benda itu. Cuma syaratnya, hanya doa yang baik-baik dan kata baik-baik,” katanya lagi.
Sumber - TikTok