Skip to main content

Hiburan

“Jangan Meroyan,Merentan...” - Ammar Alfian Pertahan Aliff Aziz, Minta Netizen Berhenti Menghukum

Menerusi hantaran di Threads, Ammar berkata, setiap individu mempunyai perjalanan serta rezeki masing-masing dan kesilapan yang pernah dilakukan seseorang tidak seharusnya dijadikan alasan untuk terus menghukum mereka sepanjang hayat.

Sekilas

  • Ammar Alfian mempertahankan Aliff Aziz yang dikecam netizen selepas dipilih sebagai pemeran utama teater muzikal Mansur & Liu.
  • Ammar menegaskan kesilapan lalu tidak sepatutnya menghalang seseorang daripada mendapat peluang dan mengajak orang ramai fokus pada diri sendiri.
  • Teater Mansur & Liu akan dipentaskan di Istana Budaya mulai 10 hingga 20 September dengan barisan pelakon termasuk Melinda Dadew dan Amerul Affendi.
Advertisement

Pelakon, Ammar Alfian mempertahankan Aliff Aziz selepas aktor itu dikecam netizen susulan pemilihannya sebagai pemeran utama teater muzikal Mansur & Liu.

Menerusi hantaran di Threads, Ammar berkata, setiap individu mempunyai perjalanan serta rezeki masing-masing dan kesilapan yang pernah dilakukan seseorang tidak seharusnya dijadikan alasan untuk terus menghukum mereka sepanjang hayat.

“I’m a local actor and I don’t mind him. Biarlah rezeki masing-masing. Just cos he did something bad inda past doesn’t mean he hasn’t/won’t change. Borak kencang macam kita ni perfect, hebat sangat.

“Look into ourselves rather than tengok and busybody hal orang lain. Hidup ni sementara. Jangan meroyan merentan kehidupan orang lain. Don’t be bitter but be better,” tulisnya.



Kenyataan tersebut dipercayai susulan reaksi segelintir netizen yang mempersoalkan mengapa Aliff masih diberikan peluang untuk muncul dalam karya tempatan, termasuk menerusi pementasan teater muzikal berkenaan.

Advertisement

Ada yang berpendapat masih ramai bakat tempatan yang berpotensi dan wajar diberikan peluang untuk menyerlah dalam industri seni.

Terdahulu, M. Nasir secara berseloroh menyifatkan Aliff sebagai ‘pelakon kedua paling tampan di Malaysia’ ketika menjelaskan pemilihan aktor tersebut sebagai teraju utama Mansur & Liu.

M. Nasir bagaimanapun menjelaskan pemilihan barisan pelakon dibuat menerusi sesi uji bakat dengan mengambil kira beberapa kriteria termasuk kemampuan lakonan dan nyanyian.

Mansur & Liu turut menampilkan Melinda Dadew sebagai Puteri Liu selain Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama, Taqim Zaki, Brian Chan, Fadhli Masoot dan Anas Ridzuan.

Teater muzikal tersebut bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 10 hingga 20 September depan. 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement