Skip to main content

Hiburan

“Jangan Rasa Hebat, Nikmat Boleh Ditarik Bila-Bila Masa” – Ben Ali

Astro Gempak 383

Sekilas

  • Ben Ali mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu bermegah dengan kejayaan kerana nikmat boleh hilang bila-bila masa.
  • Beliau menggunakan contoh penyanyi antarabangsa yang pernah menghadapi masalah kewangan sebagai peringatan bahawa hidup ibarat roda yang sentiasa berputar.
  • Ben menasihatkan supaya sentiasa bersikap rendah diri walaupun berada di puncak kejayaan, seperti pepatah padi yang semakin berisi semakin tunduk.
Advertisement

Aktor dan ahli perniagaan, Ben Ali mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu bermegah dengan kejayaan kerana setiap nikmat boleh ditarik pada bila-bila masa.

Menerusi perkongsian dalam Threads, Ben berkata dia terpanggil untuk berkongsi peringatan tersebut selepas membaca satu hantaran mengenai penyanyi antarabangsa yang didakwa pernah berdepan masalah kewangan.
 

bfg


“Terbaca satu posting berkaitan Justin Bieber jatuh terduduk dan bankrap. Kalau sebesar beliau pun mampu terjatuh, inikan pula kita yang bilis ini.

“Jadi sentiasalah beringat, kalau kita rasa kita ini hebat atau berjaya, bila-bila masa nikmat tersebut boleh ditarik,” katanya.

Menurutnya, kehidupan ibarat roda yang sentiasa berputar dan manusia perlu bersedia menghadapi waktu susah.

“Hidup ini ibarat roda. Ada kalanya kita di atas, ada kala kita di bawah. Sentiasalah bersedia menghadapi masa-masa susah.

“Janganlah terlalu bermegah dengan kejayaan yang ada,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ben turut menasihatkan agar setiap individu mengamalkan sikap rendah diri walaupun berada di puncak kejayaan.

“Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Akan lagi dipandang tinggi,” katanya.

Advertisement

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement