Skip to main content

Hiburan

“Jangan Sombong, Drama Pun Penting” – Shukri Yahaya Titip Nasihat Buat Bakat Baharu

Shukri Yahaya

Sekilas

  • Shukri Yahaya menasihatkan pelakon baharu supaya tidak menolak tawaran drama televisyen kerana ia penting untuk mengasah kemahiran lakonan dan bereksperimen dengan emosi.
  • Pengalaman berlakon dalam drama membantu Shukri memberikan persembahan lebih mantap dalam filem dan membuktikan pelakon drama juga mampu menggalas watak berat.
  • Shukri teruja berlakon dalam filem aksi Chelot bersama barisan pelakon hebat dan menganggap Nadhir Nasar sebagai adik yang rapat dengannya.
Advertisement

Pelakon Shukri Yahaya menasihatkan bakat baharu dalam industri seni supaya tidak terlalu memilih tawaran lakonan, terutama dengan menolak drama televisyen semata-mata mahu mengejar projek filem atau platform penstriman Over-The-Top (OTT).

 

Advertisement

Menurut Shukri atau Mohd Shukri Yahaya, drama televisyen merupakan medan terbaik buat pelakon mengasah kemahiran selain bereksperimen dengan pelbagai emosi sebelum melangkah ke naskhah yang lebih besar.

 

“Selalu sangat saya dengar skeptikal begitu. Macam pelakon-pelakon baharu sekarang pun ada yang saya dengar cakap tak nak berlakon drama, aku nak buat OTT dan filem sahaja. Bagi saya itu sombonglah.

 

“Macam Nadhir, saya bagi nasihat untuk drama jangan tinggal sebab dalam drama kita boleh bereksperimen dengan emosi sebelum kita implikasikan ke skrip yang lebih besar dalam filem.

 

“Nadhir pun dengar kata... sebab itu kita tengok dia masih ada dalam drama,” katanya kepada Gempak. 

 

Bercerita mengenai perjalanan kariernya, Shukri berkata pengalaman berlakon dalam drama banyak membantunya memberikan persembahan lebih mantap ketika berada di set penggambaran filem.

 

Katanya, pengalaman bekerja dalam drama menjadi asas penting untuk seseorang pelakon mengembangkan kemampuan sebelum berdepan watak yang lebih mencabar.

 

“Apa yang saya belajar dari drama, saya bawa masuk ke dalam filem. Bezanya dalam filem, permainannya lagi ‘best’ sebab satu hari mungkin satu atau dua babak sahaja, jadi kita boleh fokus betul-betul pada satu babak itu.

 

“Sebagai pelakon, bila dapat skrip yang permainannya besar dan berat, mestilah saya suka. Saya nak buktikan juga pada orang yang selalu kata pelakon drama tak boleh buat itu, tak boleh buat ini.

 

“Saya nak buktikan pelakon drama sebenarnya boleh buat, cuma tak diberi peluang sahaja,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Shukri mengakui teruja apabila diberi peluang menjayakan filem Chelot bersama barisan pelakon hebat termasuk Beto Kusyairy, Shaheizy Sam dan Nadhir Nasar.

 

Malah, dia menyifatkan Nadhir sebagai seorang adik memandangkan mereka pernah bekerjasama dalam drama sebelum ini dan mempunyai hubungan yang rapat.

 

“Saya pernah berlakon dengan Nadhir sebelum ini dalam drama, tapi saya tak ingat tajuknya. Nadhir memang seorang adiklah. Apa-apa pun dia akan hubungi saya. Kami memang rapat, saya anggap dia macam adik betul-betul.

 

“Sebab pertamanya genre aksi. Kedua, ada teknik ‘one-take’. Ketiganya sebab ada Beto Kusyairy dan Sam. Dan cerita aksi ini bukan tipikal aksi semata-mata, tapi ada emosi di dalamnya. Tengok skrip sahaja, saya terus kata setuju,” jelasnya.

 

CHELOT menjanjikan sebuah dunia yang penuh teka-teki dan mendebarkan dengan elemen kepolisan, kod rahsia, sindiket penyeludupan senjata dan permainan antara pemburu dengan yang diburu.

 

Filem yang dibarisi pelakon hebat antaranya Shukri Yahaya, Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Azhan Rani dan ramai lagi sudah mula ditayangkan di pawagam. 

Anda mungkin berminat dengan

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Must Watch Video

Advertisement