Skip to main content

Selebriti

“Janganlah ‘Underestimate’ Dengan Doa Kita…,” Syifa Melvin Sebak Terkenang Doa Di Tanah Suci Dimakbulkan

Syifa

Sekilas

  • Syifa Melvin dan suami berdoa di hadapan Kaabah agar dikurniakan cahaya mata perempuan ketika menunaikan ibadah di Tanah Suci pada April tahun lalu.
  • Dua bulan selepas itu, Syifa disahkan hamil dan kini anak perempuan mereka sudah berusia empat bulan.
  • Syifa menasihatkan supaya sentiasa percaya pada kekuatan doa dan tidak memandang rendah kepadanya, sambil berkongsi pengalaman yang mendapat perhatian ramai di media sosial.
Advertisement

Pempengaruh, Syifa Melvin meluahkan rasa syukur apabila doa yang dipanjatkannya bersama suami di hadapan Kaabah dimakbulkan Allah SWT.

Menerusi perkongsian di media sosial, Syifa mendedahkan dia dan suami berdoa agar dikurniakan cahaya mata perempuan ketika menunaikan ibadah di Tanah Suci pada April tahun lalu.

Advertisement

Menurut Syifa, dua bulan selepas itu dia disahkan hamil dan kini anak perempuannya itu sudah berusia empat bulan.

“Tahun lepas bulan empat dua laki bini berdoa depan Kaabah nak anak sorang lagi anak perempuan, bulan enam lekat.

“Tahun ni bulan enam keluar dah sorang anak perempuan, empat bulan dah,” kongsinya.

Dalam pada itu, Syifa turut menasihatkan agar sentiasa percaya kepada kekuatan doa dan tidak sesekali memandang rendah terhadapnya.

“Kadang-kadang tu terharu sungguh Allah SWT makbulkan terus, dah boleh bawak mai jalan-jalan naik flight dah. Jangalah underestimate dengan doa kita, hg mintak aku bagi,” kongsinya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya turut meninggalkan komen positif dan berkongsi pengalaman masing-masing mengenai doa yang dimakbulkan.

Anda mungkin berminat dengan

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement