Skip to main content

Hiburan

"Jarang Saya Jumpa Lelaki Mulut Macam..." - Anzalna Nasir Berang Dilabel Diva

Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md Nasir, menyifatkan tindakan individu berkenaan sebagai tidak profesional kerana berkongsi pengalaman melibatkan pelanggan di platform awam.

Sekilas

  • Pelakon Anzalna Nasir kesal apabila dilabel sebagai 'diva' oleh seorang pekerja pusat kesihatan selepas kunjungannya ke premis tersebut.
  • Anzalna menganggap tindakan pekerja itu tidak profesional kerana berkongsi pengalaman pelanggan secara negatif di platform awam.
  • Dia menjelaskan suara lembutnya mungkin sukar didengar kerana keadaan premis yang bising, dan menegaskan ia bukan alasan untuk membuat andaian negatif terhadap pelanggan.
Advertisement

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa kesal apabila ada individu melabelkan dirinya sebagai seorang "diva" ketika berkunjung ke sebuah pusat kesihatan.

 

Advertisement

Menerusi satu hantaran balas di Threads, Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md Nasir, menyifatkan tindakan individu berkenaan sebagai tidak profesional kerana berkongsi pengalaman melibatkan pelanggan di platform awam.

 

"Excuse me, I find this really unprofessional. I'm your customer, and just because my voice was soft when I said my name, not because I was speaking rudely or bercakap kasar, you went around calling me a diva?

 

"Is this your idea of marketing?" tulisnya.

 

Tambah Anzalna, keadaan di premis tersebut yang agak bising mungkin menyebabkan pekerja berkenaan tidak dapat mendengar dengan jelas ketika dia memperkenalkan diri.

 

Bagaimanapun, dia berpendapat perkara itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk membuat andaian negatif terhadap pelanggan.

 

"Your place was noisy, so I'm sure you just couldn't hear me properly. Making comments like that about your own customer is unnecessary and disrespectful.

 

"Maaf ya, tapi jarang saya jumpa lelaki yang mulut macam ni," katanya lagi.

 

Terdahulu, seorang individu memuat naik satu hantaran mendakwa seorang artis terkenal hadir ke pusat kesihatan tempatnya bekerja, namun dikatakan bersikap sombong dan mempunyai gaya seperti seorang diva.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement