Skip to main content

Indonesia

Jefri Nichol Dinobat Lelaki Paling Kacak di Dunia 2026, Setanding Jacob Elordi

jefri_kacak

Sekilas

  • Jefri Nichol tersenarai di tangga ke-19 dalam kategori Lelaki Paling Kacak di Dunia 2026 versi Shining Awards.
  • Tempat pertama dimenangi oleh bintang Australia, Jacob Elordi, manakala dua selebriti Indonesia, Bryan Domani dan Angga Yunanda, turut mendapat undian tinggi.
  • Senarai ini turut menampilkan selebriti terkenal dari seluruh dunia seperti Jungkook, Chris Hemsworth, David Beckham, dan Tom Cruise.
Advertisement

Undian peminat menerusi carta Shining Awards bagi kategori Lelaki Paling Kacak di Dunia 2026 menyaksikan Jefri Nichol tersenarai bersama selebriti dunia lain yang disifatkan menawan dan berkarisma.

Jefri Nichol duduk di tangga ke-19 dalam senarai kategori Lelaki Paling Kacak di Dunia 2026 versi pilihan peminat di Shining Awards sementara tempat pertama ditakluk oleh bintang Australia, Jacob Elordi.

Advertisement

Selain Jefri, dua lagi bintang Indonesia yang disifatkan paling kacak di dunia adalah Bryan Domani dan Angga Yunanda ; yang masing-masing diundi lebih tinggi daripada bekas kekasih Ameera Khan itu.

Menerusi undian yang dilakukan oleh peminat di platform yang juga meletakkan beberapa kategori lain mengikut cita rasa, Shining Awards disifatkan sebagai satu bentuk penghargaan terhadap keunikan individu, keaslian, gaya peribadi dan karisma yang ditunjukkan kepada dunia.

Turut serta dalam senarai Shining Awards dalam kategori sama adalah selebriti terkenal dari seluruh dunia.

Advertisement

Mereka termasuklah Xhio Zhan (China), Ranveer Singh (India), Jungkook (Korea Selatan), Bright Vachirawit (Thailand), Chris Hemsworth (Australia), David Beckham, Robbert Pattinson dan Zayn Malik (United Kingdom) serta Tom Cruise dari Amerika Syarikat.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

Must Watch Video

Advertisement