Skip to main content

Hiburan

Jefri Nichol Singgah Johor Lawat Kilang, Sempat Belajar Proses Buat K*ndom Secara Dekat - “Susah Juga Nak Test Lubang”

 bb

Sekilas

  • Pelakon Indonesia, Jefri Nichol, mencuri perhatian ramai selepas melawat kilang pembuatan kondom di Johor dan mencuba sendiri proses pengujian kondom.
  • Jefri berkongsi pengalaman tersebut di Instagram Story, termasuk cabaran menguji kondom satu persatu untuk memastikan tiada kebocoran.
  • Selain itu, Jefri juga singgah di sebuah gerai durian tepi jalan, menarik perhatian peminat dengan aktiviti santainya di Malaysia.

Kemunculan pelakon Indonesia, Jefri Nichol di sebuah kilang pembuatan kondom di Johor nyata mencuri perhatian ramai dan menjadi bualan di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Jefri dilihat melakukan lawatan ke kilang berkenaan selain berpeluang merasai sendiri pengalaman melihat proses pembuatan kondom secara dekat.

Malah, pelakon berusia 27 tahun itu turut mencuba proses pengujian kondom apabila dilihat memasukkan getah kondom ke dalam mesin khas bagi memastikan tiada kebocoran atau lubang sebelum dipasarkan.

“Susah juga nak test ada lubang atau tidak di kondomnya. Akan di test satu-satu semuanya.

“Tiap shift, satu orang harus test 12 ribu kondom. Ada tiga shift dalam sehari, bro,” tulisnya di Instagram Story.

Bukan itu sahaja, Jefri turut menarik perhatian apabila memuat naik satu lagi Instagram Story memaparkan dirinya singgah di sebuah gerai durian di tepi jalan.

Kemunculan pelakon filem Dear Nathan itu di gerai durian berkenaan turut menjadi bualan peminat yang terhibur dengan aktiviti ringkasnya sepanjang berada di Malaysia.

 

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement