Sekilas
- Khairul Aming dan pasukan Rembayung menerima pujian kerana terbuka menerima teguran mengenai kebersihan restoran mereka.
- Melalui platform Threads, pengguna @ainntshaa memuji tindakan pantas mereka memperbaiki aspek kebersihan seperti penggunaan penutup mulut dan sarung tangan.
- Tindakan profesional dan responsif Khairul Aming mendapat reaksi positif daripada orang ramai yang berharap perniagaannya terus maju.
Pempengaruh media sosial dan usahawan sekali lagi meraih pujian ramai apabila terbuka dengan teguran orang ramai mengenai restoran miliknya, Rembayung.
Menerusi platforn Threads, seorang pengguna dikenali sebagai @ainntshaa memuji tindakan Khairul Aming dan pasukannya dalam menambah baik aspek kebersihan sewaktu menyediakan makanan buat pelanggannya.
Individu tersebut turut mendoakan agar perniagaan Khairul Aming sentiasa maju di masa akan datang.
“Salute betul dengan KA (Khairul Aming) dan team Rembayung. Sebelum ni ada orang tegur pasal cover mulut dekat station makanan, laju terus improve!
“Fly high KA & team Rembayung. Semoga terus berjaya,” tulisnya.
Individu berkenaan turut memuat naik video memaparkan Khairul Aming dan pasukannya yang menerima teguran ramai terhadap perniagaannya.
“Hari itu korang ada tegur pasal ‘cover’ mulut dan sarung tangan. Jadi semua itu kami dah improve dah. Thank you guys,” kata Khairul Aming.
Tindakan itu kemudiannya meraih reaksi ramai yang rata-ratanya memuji tindakan Khairul Aming dan pasukan.
Mereka juga memuji Khairul Aming yang begitu profesional dan terbuka dalam menerima pandangan serta teguran orang ramai.
Sumber: Threads