Skip to main content

Hiburan

Jenazah Allahyarham Jalil Hamid Selamat Dikebumikan

Jalil Hamid

Sekilas

  • Jenazah pelakon Allahyarham Jalil Hamid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam sekitar pukul 6.30 petang.
  • Majlis pengebumian dihadiri lebih 300 orang termasuk ahli keluarga, rakan selebriti seperti Nabil Ahmad, Azrol Raja Lawak, dan Datuk Afdlin Shauki serta wakil FINAS.
  • Allahyarham dilaporkan meninggal dunia dalam tidur pada tengah hari di kediamannya di Taman Alam Megah, Shah Alam, dan berita disahkan oleh anak kelimanya, Afiqah Jalil.

Jenazah pelakon, Allahyarham Jalil Hamid selamat dikebumikan pada sekitar pukul 6.30 petang.

Jenazah arwah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Jenazah arwah sebelum ini disempurnakan di  Masjid Al-Munawarah, Shah Alam.

Majlis pengebumian itu difahamkan dihadiri lebih kuran 300 orang termasuk ahli keluarga dan teman rapat. 

Antara rakan selebriti yang hadir ke majlis pengebumian adalah Nabil Ahmad, Azrol Raja Lawak, Sabri Yunus, Datuk Afdlin Shauki, Abon, Tam Spider serta beberapa rakan industri yang pernah bekerjasama dengannya dalam dunia seni.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk
Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Allahyarham Jalil dilaporkan meninggal dunia dalam tidur pada tengah hari tadi sekitar jam 12.30 tengah hari di
kediamannya di Taman Alam Megah, Shah Alam.

Berita pemergian itu dimaklumkan anak kelimanya, Afiqah Jalil, 33, menerusi hantaran di Instagram.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement