Skip to main content

Hiburan

Jenazah Arwah Anak Amyza Aznan Selamat Dikebumi, Suasana Sebak Iringi Pengebumian

Amyza Aznan

Jenazah anak kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail telah selamat dikebumikan pada pukul 10.40 pagi di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang, Selangor pada Selasa.

Pengkebumian Andre atau nama sebenarnya Andre Mikhail Khairil Izhar, 23, berjalan dengan lancar dan dihadiri kira-kira 300 orang terdiri daripada keluarga, kanan rapat dan rakan selebriti.

Suasana menjadi sebak ketika Amyza memberi penghormatan terakhir buat anak tercinta.

Antara rakan selebriti yang turut hadir termasuklah Datin Sri Umie Aida, Datuk Fizz Fairuz, Didie Alias, Fauziah Nawi, Lisdawati, Ieda Moin, Norman Hakim, Zed Zaidi dan ramai lagi.

Terdahulu, anak kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail dimaklumkan telah mengembuskan nafas terakhir selepas hampir setahun bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.

Allahyarham difahamkan telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 10.30 malam. 

Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh Amyza menerusi kemas kini di Instagram Stories pada Isnin. 

Sekadar info, Februari tahun lalu, Amyza berkongsi khabar duka apabila Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. 

Selang setahun, anak keduanya, Adrian Adam, 18, pula disahkan menghidap kanser tulang dan perkhabaran duka itu dikongsi oleh aktres itu di platform media sosialnya sehingga mengejutkan ramai.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Must-Watch Video

Advertisement