Skip to main content

Antarabangsa

Jeon So Min Dedah Kerja Di Kafe Lepas Tinggalkan Running Man

Astro Gempak Jeon So Min (1)

Sekilas

  • Jeon So Min mendedahkan dia bekerja separuh masa di sebuah kafe selepas meninggalkan program Running Man pada 2023 untuk menghilangkan rasa cemas akibat perubahan rutin dan pendapatan.
  • Dia melamar kerja di kafe milik rakan baik abang dan diterima dengan syarat tidak memakai topeng muka atau topi supaya wajahnya dapat dikenali sebagai promosi tempat kerja.
  • So Min memulakan kerjaya lakonan sejak 2004 dan menyertai Running Man dari 2017 hingga 2023 sebelum berhenti untuk memberi ruang kepada dirinya sendiri.
Advertisement

Aktres Jeon So Min mendedahkan pekerjaan yang dilakukannya selepas meninggalkan program realiti terkenal Running Man pada 2023 lalu.

Sewaktu menjadi tetamu di acara SBS My Little Old Boy pada 17 Mei,  So Min mengaku sempat bekerja paruh waktu di sebuah kafe. Pengakuan tersebut mengejutkan rakan dalam acara itu.

Advertisement

Saat ditanya mengapa memilih bekerja separuh masa di kafe selepas menjadi salah seorang pemain Running Man yang disayangi selama tujuh tahun, bintang Princess Aurora itu memberitahu berbuat demikian kerana enggan berasa cemas.

Kata So Min, rutin bekerja yang agak sibuk sebelum berhenti membuatkan dia berasa perlu melakukan sesuatu, lalu meminta kerja di sebuah kafe, lapor The Chosun Daily.

“Seorang rakan baik abang saya memiliki kafe dan saya melamar pekerjaan lalu sempat menjadi pekerja sambil di situ buat beberapa waktu.

“Saya rasa perlu melakukan pekerjaan selepas berhenti dari Running Man kerana tidak tahu bila akan mempunyai pendapatan seperti biasa. Jadi saya mahu hilangkan rasa cemas, saya bekerja,” katanya yang sudah terbiasa dengan jadual padat setiap minggu dan menerima gaji bulanan.

Apa yang lucu, So Min memaklumkan diterima bekerja kerana mengikuti syarat yang diberikan majikannya. So Min dilarang memakai topeng muka atau topi seperti ingin menyembunyikan wajah kerana enggan dikenali.

Pemilik kafe mahu wajahnya dikenali sebagai salah satu pelaris dan promosi buat tempat dia bekerja.

So Min yang kini berusia 40 tahun memulai debut dunia lakonan menerusi sitkom Miracle pada tahun 2004. Dia kemudian menjadi salah seorang pemain Running Man sejak 2017 dan meninggalkan program itu kerana ingin memberi ruang buat dirinya sendiri.

Anda mungkin berminat dengan

McJoden - FLORA Bra Wanita Gaya Jepun Lembut, Bernafas & Tanpa Dawai

McJoden - FLORA Bra Wanita Gaya Jepun Lembut, Bernafas & Tanpa Dawai

(Refine by Lovito) Cute Blouse Lace Ruffle Spring/summer White Blouse for Women LR32A038 (Refine by Lovito) Blaus Comel Renda Ruffle Musim Bunga/panas Blaus Putih untuk Wanita LR32A038

(Refine by Lovito) Cute Blouse Lace Ruffle Spring/summer White Blouse for Women LR32A038 (Refine by Lovito) Blaus Comel Renda Ruffle Musim Bunga/panas Blaus Putih untuk Wanita LR32A038

Love Maya Ocean Indulgence (2 x 400ml)

Love Maya Ocean Indulgence (2 x 400ml)

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

Must Watch Video

Advertisement