Sekilas
- Jep Sepahtu berkongsi resit pembayaran zakat sebagai bukti, bukan untuk menunjuk atau membanggakan jumlah yang dibayar setiap tahun.
- Jep anggap rezeki yang diterima sebagai amanah dari Allah dan berkongsi sebahagian daripadanya melalui zakat.
- Perkongsian ini dibuat susulan isu berkaitan persahabatan, bayaran, dan dakwaan hak serta pendapatan yang melibatkan Jep.
Pelawak, Jep Sepahtu berkongsi beberapa keping foto resit pembayaran zakat yang dibuatnya setiap tahun.
Menerusi hantaran di Instagram, Jep menjelaskan perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau membanggakan jumlah zakat yang telah dibayarnya, sebaliknya sebagai bukti susulan kepada perkara yang diperkatakan.
“Resit ini untuk dibuktikan bukan dibanggakan. Kalau sembang semua orang boleh sembang. Lagi-lagi sekarang zaman podcast, modal air liur je lah,” tulisnya.
Menurut Jep, segala rezeki yang diterimanya dianggap sebagai amanah daripada Allah SWT dan dia turut berkongsi sebahagian daripadanya melalui pembayaran zakat.
“Alhamdulillah rezeki yang Allah titipkan pada aku dengan izin Allah aku turut berkongsi.
“Mana mungkin hak orang pula aku nak ambil,” katanya.
Jep turut merakamkan penghargaan kepada Astro atas kerjasama menerusi program Sepahtu Reunion dan Sinar yang berlangsung dari 2015 hingga 2025
Perkongsian tersebut dibuat ketika nama Jep kembali menjadi perhatian susulan isu yang menyentuh mengenai persahabatan, bayaran dan dakwaan berkaitan hak serta pendapatan.
Sebelum ini, Jep turut menegaskan bahawa dia bukan individu yang mengambil hak orang lain selain sentiasa menjaga sumber pendapatan yang diterimanya.