Skip to main content

Viral

Jofliam ‘Semak’, Dakwa Cik Epal ‘Kaki Putar Belit’ - “Sampai Bila Perempuan Ni Nak Canang Hal Keluarga, Benda Boleh Private”

Jofliam dakwa Cik Epal suka canang hal keluarga

Pempengaruh dan usahawan Piza Wagyu, Jofliam mempersoalkan tindakan bekas isterinya, Cik Epal yang masih mendedahkan hal peribadi keluarga kepada umum.

Jofliam menerusi hantaran di Insta Story berkata, hal peribadi yang berkaitan dengan keluarga sepatutnya disimpan secara peribadi dan bukannya terus dijadikan sebagai bahan perbincangan terbuka di media sosial.

Advertisement

“Sampai bila perempuan ni nak canang hal keluarga. Benda boleh private, dia suka besarkan canang satu dunia.

“Bila saya up full conversation, nampak diri sendiri bodoh putar belit. Saya di sini berusaha keras mencari rezeki untuk anak-anak saya dan orang yang nak menghancurkan saya adalah mak kepada anak-anak saya sendiri,” tegasnya.

 

Dalam hantaran yang sama, Jofliam berkata sebagai seorang bapa dia juga masih tetap menjalankan tanggungjawab kepada dua cahaya mata mereka iaitu Han dan Yuki.

“Bersyukurlah saya masih jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah pada anak-anak saya.

“Lagi sebulan cukup setahun dia masih guna taktik sama, update sekerat-sekerat. Move on dan stop kembali fokus pada anak-anak,” coretnya.

Terdahulu, tular di aplikasi Threads apabila Cik Epal meluahkan rasa geram selepas diminta untuk membayar separuh daripada yuran persekolahan anak-anaknya.

Malah Cik Epal juga turut berkongsi tangkap layar kandungan mesej bersama bekas suaminya itu.

Must-Watch Video