Skip to main content

Viral

Jofliam Jawab Tentang Kualiti Piza Miliknya, Siap Upgrade 200 Gram Wagyu - “Doh 100 Peratus Buatan Saya, Rela Tak Buat & Berhenti Dari…”

Jofliam buat doh piza wagyu sendiri

Usahawan piza wagyu dan pempengaruh, Jofliam tampil menjawab persoalan netizen berkenaan kualiti produk makanannya.

Menurut Jofliam, sejak awal penglibatannya dalam dunia piza, dia tidak pernah membenarkan orang lain untuk menguli doh bagi produknya.

Advertisement

Sebaliknya, doh yang digunakan untuk setiap piza wagyu adalah 100 peratus hasil air tangannya sendiri.

“Dari dulu sehingga sekarang, dough 100% adalah buatan saya. Saya rela tak buat dan berhenti pizza dari arahkan pembantu saya yang buatkan.

“Saya akan kekalkan sampai bila-bila sampai Han sendiri pandai bancuh dough gantikan saya
@pizzawagyujofliam adalah saya, Jofliam,” jelasnya menerusi hantaran di Insta Stories.

Dalam pada itu, menerusi satu lagi hantaran di Instagram, Jofliam memaklumkan terdapat pembaharuan dalam hidangan piza wagyu miliknya namun dia masih mengekalkan rasa asal makanan tersebut.

Antara pembaharuan yang dilakukan adalah penggunaan 200 gram wagyu premium bagi setiap piza.

“Pizza Wagyu Jofliam, new chapter. Masih mengekalkan rasa yang sama cuma kali ini penyediaan lebih extra untuk meningkatkan lagi rasa kenikmatan setiap gigitan.

“200 gram Wagyu. Dengan nilai tambah wagyu penuh diatas pizza pasti senyum lah setiap kali gigit pizza.

“Tak ada bahagian yang tak ada wagyu, semua penuh. Wagyu di prep, di marinate terlebih dahulu dan disediakan medium rare sebelum di torch atas pizza.

“Setiap torch bersama rosemary menghadirkan aroma wangi dan rasa rich pada wagyu. Setiap penyedian lebih terperinci dan extra effort.

“Pizza Wagyu Jofliam Chapter baru menggambarkan pizza yang beraroma, pizza wagyu penuh atas pizza, pizza yang pasti mencipta senyuman bagi semua,” maklumnya.

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Jofliam🍕 (@jofliam)

Sebelum ini, hidangan piza wagyu Jofliam mendapat kritikan kerana harganya dikatakan terlalu mahal untuk sebiji piza.

Malah Jofliam juga pernah dikatakan daging yang digunakan dalam hidangan piza wagyu keluarannya adalah daging batang pinang.

Bagaimanapun, Jofliam menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan setiap piza keluarannya menggunakan 100 peratus daging wagyu.

Must-Watch Video