Skip to main content

Viral

Jofliam Nafi Piza Wagyu Guna Daging Batang Pinang - “100% Wagyu, Saya Berniaga Tak Pernah Berkira”

Jofliam guna 100 peratus daging wagyu

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Jofliam menafikan dakwaan mengatakan daging yang digunakan dalam hidangan piza wagyu keluarannya adalah daging batang pinang.

Menurut Jofliam, setiap piza keluarannya menggunakan 100 peratus daging wagyu, meskipun berdepan pelbagai tuduhan dan kritikan sejak piza wagyu ciptaannya tular di media sosial.

Advertisement

“Saya juga dituduh gunakan daging batang pinang. Saya dough hangit pun, saya tukar sebiji terus pizza.

“Kalau daging ada part liat, bagi tahu, kita tukar sahaja yang baru. Ni bila tak kena, tak bagi tahu saya personally, macam mana saya nak tahu,” tegasnya menerusi hantaran di Insta Story.

 

Jofliam piza wagyu

Tidak berkecil hati dengan tuduhan itu, Jofliam bagaimanapun menerima maklum balas pelanggan dengan hati terbuka.

Namun kata Jofliam, dia berharap agar selepas ini sebarang isu dapat disampaikan terus kepadanya bagi memastikan tindakan segera dapat diambil.

“Saya adalah pencipta pizza wagyu dan ikon pizza wagyu, sehingga sekarang 100 peratus wagyu. Kalau daging liat terus bagitahu, saya tukar sebiji terus.

“Saya berniaga tak pernah berkira, lagi nak orang makan pizza saya adalah.

“Ya dulu saya pernah juga buat nazar pizza. Bezanya dulu saya buat sorang-sorang yang lain tukang sorak di tepi. Tapi sekarang, ada yang membantu. Sampai masa nanti, saya bagi tahu saya bernazar apa,” jelasnya.

Sebelum ini, hidangan piza wagyu Jofliam mendapat kritikan kerana harganya dikatakan terlalu mahal untuk sebiji piza.

Must-Watch Video