Skip to main content

Selebriti

John Cena Menyesal Lewat Lakukan Transplant Rambut: “Tiada Apa yang Memalukan, Ini Rambut…”

John cena

Sekilas

  • John Cena berkongsi pengalamannya menjalani dua kali pembedahan transplant rambut untuk mengatasi masalah keguguran rambut yang sering ditegur peminat WWE.
  • Prosedur transplant rambut dan rutin penjagaan rambutnya kini termasuk terapi cahaya merah, minoxidil, vitamin, serta syampu dan perapi khas.
  • Cena menganggap transplant rambut bukan sesuatu yang memalukan dan berkata penampilan baru ini membuka lebih banyak peluang dalam bidang lakonan.
Advertisement

Bintang Hollywood dan bekas jaguh gusti WWE, John Cena, secara terbuka berbicara mengenai perjalanan mendapatkan semula rambutnya selepas menjalani dua kali pembedahan transplant rambut.

Cena, 49, berkata penampilan terbaharunya yang berkepala botak adalah sebahagian daripada proses pemulihan selepas rawatan kali kedua.

Advertisement

"Sasaran saya memang nak dapatkan lebih banyak rambut. Ini cara terbaik dan semuanya hasil bantuan doktor saya, Ken Anderson," katanya sewaktu ditemui di San Diego Comic-Con pada Sabtu lalu, lapor People.

Menurut bintang F9 itu, oleh kerana perkhidmatan yang diberikan doktor tersebut sangat bagus dan telah mengubah hidupnya, dia kembali semula 15 bulan selepas prosedur pertama untuk menjalani rawatan susulan.

"Saya beritahu doktor masih ada satu tompok kecil yang saya nak betulkan. Dia kata boleh, asalkan saya berani cukur kepala supaya proses pemindahan folikel rambut lebih mudah dilakukan," katanya lagi.

Pelakon Peacemaker kemudian menceritakan, prosedur pertama mengambil masa kira-kira 13 jam setengah, manakala pembedahan kedua hanya memerlukan lapan jam.

"Saya memang percaya sepenuhnya dengan proses ini. Sekarang saya cuma tunggu hasilnya," ujarnya.

Cena pertama kali menjalani transplant rambut pada November 2024.

Menariknya, Cena mengakui keputusan mendapatkan rawatan itu sebenarnya didorong oleh peminat WWE sendiri yang sering menegur masalah rambutnya.

"Saya cuba sorok keguguran rambut, tapi peminat pula yang selalu ‘tunjuk’. Saya nampak mereka bawa sepanduk bertulis 'The Bald John Cena'. 

“Dari situ saya mula buat kajian tentang kesihatan kulit kepala dan pilihan rawatan yang ada," katanya.

Kini, rutin penjagaan rambutnya termasuk terapi cahaya merah, penggunaan minoxidil, pengambilan vitamin serta syampu dan perapi khas, selain menjalani transplant rambut.

Malah dia  mengakui satu perkara yang paling dikesalinya adalah tidak menjalani prosedur tersebut lebih awal.

“Jika stigma mengenai transplant rambut tak begitu kuat, saya rasa saya sudah buat rawatan ini 10 tahun lalu.

"Saya ingat saya seorang saja yang alami masalah ini, rupa-rupanya tujuh atau lapan daripada 10 lelaki berdepan masalah rambut menipis atau botak," katanya.

Tambah Cena, transplant rambut bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan kerana ia hanya melibatkan pemindahan rambut sendiri dari satu bahagian kepala ke bahagian lain.

"Ini rambut saya juga. Saya cuma pindahkan dari tepi ke bahagian atas. Tak ada apa yang memalukan pun. Malah, ia benar-benar mengubah hidup saya," katanya.

Menurut Cena lagi, penampilan baharunya turut membuka lebih banyak peluang dalam bidang lakonan.

"Dengan gaya rambut yang berbeza, saya boleh membawa lebih banyak karakter dan itu memberi peluang untuk saya terus melakukan perkara yang paling saya suka, iaitu berlakon," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement