Majalah antarabangsa, People, menobatkan Jonathan Bailey sebagai Lelaki Terseksi Dunia 2025 bersempena sambutan ke-40 penerbitan mereka.
Bintang berusia 37 tahun itu disifatkan seksi oleh majalah bukan hanya kerana penampilan tetapi setelah mencuri perhatian lewat lakonannya termasuk dalam siri Bridgerton sehingga muzikal Wicked sebelum filam Jurassic World: Rebirth yang terus menambah popularitinya sebagai aktor.
Advertisement
Bercakap tentang pengiktirafan menjadi Lelaki Paling Seksi Di Dunia 2025 versi majalah tersebut, Bailey mengaku ia penghormatan yang cukup besar buatnya.
“Ini pengiktirafan yang sangat besar buat saya. Terus-terang, saya sangat rasa dihargai dan berasa pengiktirafan ini tidak masuk akal,” katanya seperti dilaporkan People.

Kata Bailey, salah satu sebab dirinya berasa seperti mimpi menerima pengiktirafan tersebut adalah kerana kehidupan masa lampaunya sebelum terkenal sebagi pelakon.
“Saya tidak menghabiskan kuliah di universiti dan mengambil sehingga sembilan jenis kursus yang berbeza.
“Dan ya, saya tidak menyudahkan semuanya kerana saya hanya belajar dari rumah lalu dibuang kerana tiada satu pun kursus yang saya habiskan kecuali satu iaitu muzik.
“Ini adalah perkara yang jika masa boleh diputar saya mahu lakukannya sekali lagi,” ujar Bailey.


Anugerah Lelaki Terseksi Dunia versi majalah People pertama kali diperkenal pada tahun 1985. Aktor Mel Gibson diangkat sebagai pemenang perdana dan John Krasinski dipilih untuk edisi tahun lalu.