Skip to main content

Hiburan

Joy Red Velvet Bakal Hadir Dengan Siri Jelajah Asia ‘Joy Splash’, Gegarkan Zepp Kuala Lumpur 25 April Depan!

JoySplash

Sekilas

  • Joy dari kumpulan K-pop Red Velvet akan mengadakan konsert solo bertajuk Asia Tour 'Joy Splash' di Zepp Kuala Lumpur pada 25 April jam 8 malam.
  • Konsert ini akan menampilkan persembahan interaktif, kualiti audio-visual tinggi, serta pemberian hadiah untuk peminat.
  • Tiket akan mula dijual pada 7 Mac dengan harga antara RM398 hingga RM698 dan boleh dibeli di www.etix.my.
Advertisement

Berita baik buat peminat kumpulan k-pop Red Velvet apabila anggota kumpulannya, Joy bakal hadir ke Malaysia menerusi jelajah Asia Joy Splash pada 25 April depan.

Dibawakan Zues Event Sdn Bhd, konsert solo Joy itu akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur bermula jam 8 malam.

Advertisement

Sudah tentu peminat bakal disajikan dengan segmen interaktif berserta kualiti produksi audio-visual yang pastinya ‘top notch’ disulami dengan susunan persembahan yang memukau.

Menurut pengarah Zues Event iaitu Jeffrey Chin, mereka menjanjikan persembahan hebat, momen penuh emosi, segmen interaktif serta pemberian hadiah.

"Kedatangan Joy sangat tepat pada waktunya sebagai respons ke atas ReVeluv Malaysia yang memberi sokongan yang luar biasa selama bertahun-tahun.

"Kami merasakan Kuala Lumpur wajar menjadi sebahagian daripada babak baharu solo Joy menerusi "Joy Splash" dengan matlamat untuk mencipta satu malam istimewa antara hubungan penyanyi ini dengan peminatnya," katanya.

Mereka juga berharap agar peminat di Malaysia bakal memberikan sokongan yang padu kepada konsert itu nanti.

"Paling utama, kami mahu peminat pulang dengan perasaan gembira, puas hati dan bangga kerana menjadi sebahagian daripada Joy Splash di Kuala Lumpur," katanya.

Tiket bakal mula dijual pada 7 Mac hadapan dengan harga bermula RM398 hingga RM698.

Jangan lepaskan peluang untuk rasai kehebatan konsert Asia Tour ‘Joy Splash’ dan buat pembelian tiket di www.etix.my.

Anda mungkin berminat dengan

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Must Watch Video

Advertisement