Skip to main content

Hiburan

Juhara Ayob Idam Genggam PhD Sebelum Bersara Sebagai Pensyarah

Juhara Ayob Idam Genggam PhD Sebelum Bersara Sebagai Pensyarah

Sekilas

  • Juhara Ayob sedang berjuang untuk sambung pengajian PhD sambil terus aktif sebagai pensyarah dan pelakon walaupun menghadapi kekangan umur dan cuti belajar.
  • Dia memilih untuk fokus pada teater sebagai medium lakonan utama kerana komitmen kerja tidak membenarkan penglibatan dalam drama televisyen yang memerlukan penggambaran panjang.
  • Juhara akan beraksi dalam Muzikal Tomyam Berdarah yang akan dipentaskan selama tiga hari bermula 28 Ogos di Panggung Seni, UKM bersama pelakon dan pelajar universiti lain.
Advertisement

Pelakon dan pensyarah, Juhara Ayob, mengakui bukan mudah untuk dirinya membahagikan tugas sebagai seorang pensyarah dalam masa yang sama menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) serta komitmen dalam bidang lakonan.

Walau bagaimanapun, Juhara memaklumkan bahawa dia tetap nekad dan bersemangat untuk merealisasikan impiannya memiliki gelaran Doktor sebelum bersara daripada perkhidmatannya sebagai pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Advertisement

“Sangat susah sebab rata-rata pensyarah di Aswara, mereka kalau sambung belajar PHD mereka dapat cuti belajar selama tiga tahun tapi syarat tak melebihi 45 tahun.

“Tapi saya tak dapat kelayakan itu sebab umur saya dah lebih 45 tahun, jadi bila saya nak sambung belajar, saya mohon kena tolak.

“Berkat semangat saya sendiri sekurang-kurangnya saya cakap sebelum saya pencen nak ada gelaran (doktor) itu, jadi saya teruskan guna duit sendiri,” katanya kepada Gempak.

Juhara berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media teater terbaharu lakonannya berjudul Muzikal Tomyam Berdarah, Khamis lalu.

Bercakap soal kerjayanya sebagai pelakon, Juhara memaklumkan dia masih menerima tawaran lakonan drama televisyen, namun terpaksa memilih projek yang tidak memerlukan komitmen penggambaran terlalu panjang.

“Saya buat juga drama televisyen tapi tak boleh ambil macam dulu yang episod panjang sebab kena cuti. Jadi saya ambil kerja Sabtu, Ahad dan Jumaat.

“Tawaran masih ada sebab bila orang tengok saya masih aktif, mereka mula panggil buat watak yang seronok tapi ‘outstation’ dalam dua minggu.

“Jadi masalah sebab nak cuti lama, tak boleh,” katanya lagi.

Biarpun perlu mengehadkan penglibatan dalam drama televisyen, Juhara tidak mahu minatnya terhadap dunia lakonan terhenti begitu sahaja.

Sebaliknya, dia memilih teater sebagai ruang untuk terus aktif berlakon tanpa menjejaskan komitmen sebagai pensyarah.

“Saya nak mengisi rindu pada berlakon itu sebab saya buat teater. Maksudnya minat saya itu tak hilang.

“Tak dapat berlakon televisyen tapi saya masih berlakon. Di situ juga tempat saya jumpa kawan-kawan lain yang dah lama tak jumpa,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Juhara bakal muncul dalam pementasan Muzikal Tomyam Berdarah selama tiga hari bermula 28 Ogos ini di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Selain Juhara, teater berkenaan turut menampilkan Karl Shafek serta gabungan pelajar UKM dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement