Sekilas
- Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan anak ketiga, seorang bayi lelaki bernama Tengku Ismail pada 10 Oktober 2026 di Petaling Jaya.
- Juliana, berkongsi berita gembira itu di media sosial dengan ucapan syukur dan terima kasih atas doa yang diterima.
- Juliana berkahwin dengan Tengku Shariffuddin Shah pada 2017 dan mereka kini mempunyai tiga cahaya mata.
Pelakon, Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya pada Sabtu.
Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Juliana menerusi hantaran ringkas di platform miliknya baru-baru ini.
Menerusi hantaran tersebut, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans, 37, meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak ketiganya.
Malah dalam hantaran itu juga, Juliana memaklumkan cahaya mata lelakinya itu diberi nama Tengku Ismail.
“Alhamdulilah. We are so blessed. Tengku Ismail safely delivered on 10/10/26, 2:04pm, 3.55kg. Thanks for all your well wishes,” kongsinya.
Untuk info, Juliana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan juga kerabat Diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 30 April 2017.
Hasil perkongsian itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 7, dan Tengku Saidatul Ihsan Zabedah Fauziah Putri, 3 tahun.