Skip to main content

Hiburan

June Lojong Tak Tercalon FFM35, Nam Ron: “Dia Tetap Menang Di Hati Saya”

June Lojong Tak Tercalon FFM35, Nam Ron: “Dia Tetap Menang Di Hati Saya”

Sekilas

  • Nam Ron menyatakan bahawa walaupun isterinya June Lojong tidak tersenarai dalam pencalonan FFM35, penghargaan terhadap bakatnya tetap utuh.
  • Beliau menegaskan bahawa peluang untuk terus berkarya lebih penting daripada anugerah yang hanya diraikan seketika.
  • Nam Ron mengajak orang ramai menghormati keputusan juri profesional dan berterima kasih kepada mereka yang masih menyokong June.
Advertisement

Pelakon Nam Ron tampil meluahkan pandangannya mengenai isterinya, pelakon June Lojong tidak tersenarai dalam pencalonan Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).

Menurut Nam Ron, meskipun June tidak menerima pencalonan, perkara tersebut tidak mengubah penghargaan terhadap bakat isterinya.

Advertisement

 

 “Walaupun tak tercalon di FFM35, dia tetap menang di hati saya.

 

Advertisement

“Berdasarkan pengalaman saya, anugerah hanya diraikan sehari dua, selepas itu akan dilupakan,” katanya.

Nam Ron berkata, apa yang lebih penting buat seseorang pelakon adalah peluang untuk terus menampilkan kemampuan serta mendapat ruang berkarya.

“Apa yang lebih penting adalah peluang untuk pamerkan crafts dan ruang untuk berkarya,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia menyedari terdapat ramai pengguna media sosial yang mempersoalkan ketiadaan nama June dalam senarai pencalonan.

“Di media sosial banyak juga yang mempersoalkan kenapa dia tidak dicalonkan.

“Tragedi Oktober, Daylight Robbery, Pemenang Di Hati Kami dan macam-macam lagi statement yang keluar,” katanya.

Nam Ron turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang masih menghargai bakat isterinya meskipun tanpa pencalonan.

“Sokongan anda semua sudah cukup bagi kami kerana itu adalah hadiah kemenangan tanpa bertanding.

“Calon-calon dalam top 5 pun bukan calang-calang hebatnya. Tahniah buat semua yang tercalon,” katanya.

Bagaimanapun, Nam Ron turut mengingatkan orang ramai supaya menghormati keputusan panel juri yang terlibat dalam proses pemilihan.

“Tolong hormati pemilihan dibuat oleh juri profesional. Mereka lebih arif untuk menentukan siapa yang layak,” katanya.

Sebelum ini, beberapa warganet di media sosial menyuarakan rasa kecewa selepas nama June tidak tersenarai dalam pencalonan FFM35.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video

Advertisement