Skip to main content

Hiburan

Justin Bieber Tak Maklum Produksi Grammy Award 2026 Tampil Pakai ‘Boxer’

Justin Bieber

Justin Bieber membuat kejutan apabila tampil hanya berseluar dalam jenis boxer dipadan stokin sewaktu membuat persembahan di pentas Grammy Award 2026 awal

Penampilannya dengan boxer satin berwarna biru cair sambil memetik gitar mendendangkan hit Yukon yang diambil dari album Swag secara solo tanpa diiringi pemuzik dan penari itu pantas menjadi bualan hangat.

Bercakap mengenai aksi tersebut, Pengarah Eksekutif Grammy, Ben Winston mendedahkan pihak produksi tidak dimaklumkan mengenai penampilan Bieber pada acara berprestij tersebut.

Menurut Winston, Bieber malah tidak membuat keputusan tentang penampilan atau pakaian yang akan dipakai pada malam Grammy sewaktu membuat latihan bersama produksi.

“Saya tidak rasa dia membuat keputusan untuk memakai ‘apa’ sehingga tampil melakukan persembahan,” ujar Winston dalam podcast Music Now di Rolling Stone seperti dilaporkan People.

Winston menambah: “Kebanyakan artis yang terlibat mahu diiringi penyanyi atau penari tapi Bieber hanya sendiri, menampilkan momen dirinya sahaja.

“Apabila kami tanya apa yang dimahukan dan bagaimana dia akan tampil, Bieber hanya beritahu ‘saya akan naik ke pentas dan menyanyi’.”

Persembahan Bieber yang berlangsung di Crypto.com Arena di Los Angeles turut disifatkan hos, Trevor Noah sebagai mempersona.

Bieber, 31, tercalon untuk Album of the Year, Best Pop Vocal Album, Best Pop Solo Performance menerusi lagu Daisies dan Best R&B Performance untuk Yukon, namun tidak membawa pulang sebarang trofi kemenangan.

Anda mungkin berminat dengan

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement