Skip to main content

Hiburan

Kad Kredit Aktres Popular Dicuri Di Bali, RM50 Ribu Lesap

Jeon Hye Bin

Percutian aktres,Jeon Hye Bin di Bali, Indonesia bertukar menjadi mimpi ngeri selepas kehilangan kad kredit yang menyebabkan dirinya kerugian puluhan ribu ringgit.

Bintang Beyond The Bar itu berkongsi insiden berlaku di sebuah kedai di Ubud.

Advertisement

“Kad kredit saya telah hilang. Dan sebanyak RM52, 500 duit telah dikeluarkan melalui beberapa transaksi,” tulisnya di media sosial seperti dilaporkan biz.chosun.com.

Bersama perkongsian tersebut, Hye bin mengingatkan pengunjung yang bercuti ke Bali terutama Ubud berhati-hati.

“Sila berhati-hati terutamanya yang berada di Ubud dan kepada  mereka yang akan melakukan perjalanan ke sini.

“Duit saya dikeluarkan hanya dalam masa 10 minit selepas kad kredit itu hilang,” katanya lagi.

Hye bin, 42, bercuti bersama keluargan di Bali untuk merayakan ulang tahun ketiga dirinya menjadi ibu dan sambutan ulang tahun anaknya.

Dia dan suami yang merupakan seorang doktor gigi juga bercuti ke Bali kerana berkahwin di pulau tersebut.

Must-Watch Video

Advertisement