Skip to main content

Hiburan

“Kadang-Kadang Tak Faham Kenapa Orang Kaya Perlu Sombong Di Belakang Kamera” – Fazley Yaakob

drht

Usahawan dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob menegur sikap segelintir individu berpengaruh di media sosial yang disifatkan berbeza sikap di hadapan kamera dan di sebaliknya.
 

Menerusi satu perkongsian di akaun Threads miliknya, Fazley meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang dilihat mesra dan peramah di media sosial, namun bersikap sombong ketika berurusan secara peribadi.

“Alahai.. hari ini terbukti kalau ‘big boss’ di media sosial itu nampak peramah tetapi sebenarnya sombong nak mati bila berWhatsApp,” tulisnya.

Menurut Fazley, sikap sedemikian sukar difahami lebih-lebih lagi apabila individu terbabit merupakan golongan berada dan mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat.

“Kadang-kadang tak faham kenapa orang kaya, berkedudukan perlu sombong dan kurang etika bila di belakang kamera,” katanya lagi.

dbdf

Dalam masa sama, Fazley turut mengingatkan bahawa rezeki dan kejayaan yang dimiliki seseorang bukanlah hasil usaha semata-mata, sebaliknya merupakan kurniaan daripada Tuhan.

“Tak guna sombong-sombong, rezeki semua dari Allah jua.

“Oh well.. satu jenama Malaysia yang saya kini boikot seorang diri,” tulisnya lagi.

Walaupun tidak mendedahkan identiti individu atau jenama yang dimaksudkan, luahan Fazley itu mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya bersetuju bahawa sikap profesional dan adab perlu dijaga walau di mana berada.

 

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement