Sekilas
- Pelakon dan penyanyi Kael membuat kejutan melamar model dan usahawan Engku Sulwani sempena hari lahirnya dan pelancaran lagu baru pada 28 Ogos.
- Kael telah merancang lamaran ini sejak enam bulan lalu dan sudah mendapat restu keluarga Engku Sulwani pada Hari Raya Aidil Adha lalu.
- Pasangan ini merancang untuk melangkah ke alam perkahwinan dalam tempoh enam bulan akan datang dengan majlis yang ringkas.
Sempena ulang tahun kelahiran kekasih, pelakon dan penyanyi Kael membuat kejutan dengan melamar model dan usahawan Engku Sulwani di majlis pelancaran lagunya pada Selasa.
Menurut Kael, dia sudah merancang untuk membuat kejutan itu sejak enam bulan lalu dan memilih tarikh 28 Ogos untuk melamar bersempena hari lahir kekasihnya.
“Sebenarnya saya dah rancang untuk buat kejutan lamaran ini sejak enam bulan lalu. Saya pilih hari ini sebab hari ini adalah hari istimewa memandangkan hari ini juga saya melancarkan lagu baru dan sempena hari lahir Engku Sulwani juga.
“Tahun lalu masa saya lancar lagu Angkasa, dia ada bersama dan kebetulan pilih tarikh hari ini untuk lancar lagu Senyum jatuh pada hari lahirnya.
“Jadi, saya rasa dia dah dah banyak mendampingi saya, jadi saya mahu buat sesuatu istimewa untuknya dan inilah peluang,” katanya kepada Gempak.
Kael membuat kejutan lamaran dengan melutut sambil menyerahkan sebentuk cincin berlia dua karat kepada Sulwani yang turut menerima jambangan bunga ros merah.
Dalam pada itu, penyanyi lagi Senyum ini juga mendedahkan dia sudah bertemu dengan keluarga bakal isteri untuk memohon restu pada Hari Raya Aidil Adha, Mei lalu.
“Tiga bulan lalu, masa hari raya Aidil Adha saya ada pergi ke Kelantan untuk bertemu dan berkenalan dengan keluarganya. Saya pergi ke sana untuk mohon restu pada ibu ayahnya dan Alhamdulillah keluarga dia dah pun merestui.
“InsyaAllah dalam tempoh enam bulan ini kami kan buat setiap step untuk ke arah perkahwinan. Insya-Allah kita doakan semua perancangan kami akan lancar. We are looking at next year,” ujarnya.
Sementara itu, Engku Sulwani mengakui dia berasa terkejut dengan kejutan lamaran yang dibuat oleh kekasihnya selain turut meluahkan rasa teruja untuk menjadi isteri Kael.
“Saya terkejut. Saya ingat tahun depan ke sebab saya memang tak sangka, saya tak suka surprise. Tapi dia pilih hari ni juga untuk buat surprise. So I'm happy, I'm gonna be his wife.
“Kalau boleh saya nak majlis yang simple saja, nak terus kahwin sebab tak sabar nak jadi isterinya,” katanya.